BREAKING NEWS

Gara-gara amah Indon..., 7 tahun hilang nafsu.

Pembantu rumah dari Indon sebenarnya memang bijak.. Dorang bukan saja bijak melakukan kerja-kerja rumah, malah dorang juga bijak melakukan kerja-kerja supernatural..

Dahsyat beb kalau kena penangan ilmu amah Indon tu.. Silap haribulan.., rumahtangga hancur lebur.. So.., berhati-hatilah..

Metro melaporkan.., “Sudah hampir tujuh tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan saya jadi tak bermaya, namun keadaan jauh berbeza apabila saya melihat perempuan lain.”

Itulah keluhan seorang lelaki mahu dikenali sebagai Zakry, 33, yang percaya masalah dialaminya itu angkara pembantu rumah yang sengaja ingin merosakkan rumah tangganya.

Eksekutif sebuah syarikat swasta itu percaya dia tidak membuat tuduhan melulu, sebaliknya memiliki beberapa petunjuk atau bukti yang dirasakan berasas.

“Pada mulanya, saya menyangka saya ada masalah seksual atau lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan doktor mengesahkan saya tidak mengalami masalah seksual,” katanya.

Berikutan itu, Zakry bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus merosakkan rumah tangganya.

“Kami pergi berubat dengan seorang ustaz di Perak dan terkejut apabila ustaz itu memberitahu saya terkena sihir dipercayai dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online