Comelnya bila Maya bertudung.. Huhuhu... |
Sebab tu lah adalah hadis mengatakan, "apabila kamu telah berkahwin maka sempurnalah sebahagian agama kamu"..
So.., tadi gua terbaca satu berita pasal pasangan yang bercerai selepas sejam berkahwin. Puncanya hanyalah kerana sebuah kereta..
Ehh.., besar sangat ke nilai sebuah kereta tu sampai dorang sanggup bercerai berai? Gua rasa, kalau couple tu ada kereta Ferrari sekalipun, belum tentu mampu bahagiakan rumahtangga beb..
Harta benda cuma mampu menyenangkan hidup, sebaliknya ia bukan mampu menjamin kebahagiaan. Percayalah cakap gua.. Tak percaya? Cer tanya Maya Karin.. Hehehehe..
Kisahnya macam ni.., seperti diberitakan oleh harian Taiwan, seorang wanita bernama Wang Xing Nvzai (27) baru saja mencatatkan pernikahannya dengan Lee, seorang pemuda berumur 23 tahun di pejabat sivil di Distrik Tanzi, Taiwan.
Setelah itu, Wang mengajak suami barunya ke sebuah showroom kereta. Wanita itu meminta Lee membelikan kereta untuknya. Namun reaksi sang suami menimbulkan kekesalan Wang.
Lee berkata bahawa dirinya akan mempertimbangkan permintaan isteri barunya itu. Mendengar kata-kata suaminya itu, Wang pun kesal. "Ceraikan saya jika kamu tidak mahu membelikan!" cetus Wang kepada Lee.
Mendengar ucapan isterinya, Lee pun berang. Mereka berdua kemudian kembali ke pejabat catatan sivil yang mereka datangi sekitar sejam lalu. Pasangan Taiwan itu pun mendaftarkan perceraian mereka.
Peristiwa yang terjadi pada 6 March itu pun menjadi bahan pembicaraan warga Taichung City, tempat tinggal pasangan tersebut. Bahkan pihak pejabat catatan sivil di Tanzi menyebut ini sebagai pernikahan sah yang paling singkat di Taiwan. (detikNEWS)
Catat Ulasan