Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng akan terus menerima sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu berkata demikian berdasarkan rekod kerajaan negeri yang menyerlah dalam pelaksanaan budaya integriti serta anti rasuah melalui kempen Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
"Dari 100 polisi perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, saya mungkin bersetuju 40 atau 20 (polisi) sahaja.
"Tetapi, apa yang membezakan pentadbiran Guan Eng dengan (pentadbiran) Umno, dia (Guan Eng) tak curi atau rahsuah dengan menggunakan wang rakyat, pemimpin Umno (didedah) curi, pecah amanah, boros wang rakyat. Inilah kekuatan Guan Eng untuk terus dipilihan rakyat," ujarnya malam tadi dalam satu majlis makan malam di Bayan Lepas.
Anwar juga menegaskan, pilihan raya kali ini bukan sekadar tukar kerajaan satu atau dua kerajaan negeri (dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat) semata-mata, pilihan raya kali ini adalah pilihan raya terbaik untuk tukar tukar kerajaan pusat.
"Pilihan raya kali ini bukan sekadar Barisan Nasional bertempur dengan Pakatan Rakyat. Pilihan raya kali ini adalah pertembungan antara idea dan nilai yang menuntut rakyat memilih yang terbaik untuk masa depan mereka dan negara," ujar beliau.
Justeru beliau berkata pilihan raya umum kali ini mendorong rakyat menuntut sebuah kerajaan pusat baru yang lebih bermaruah, berintegriti serta menguntungkan rakyat terbanyak.
"Kita sama sekali tidak akan mengalah pada politik kotor Umno (dan) Barisan Nasional...rakyat memerlukan sebuah kerajaan persekutuan baru," tegasnya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
fuck la tak curi duit rakyat ....
BalasPadamguan eng tak rasuah? kepala bapak nuar hahahaha
BalasPadamDah betul la tu.kan nik ajis penah cakap orang bagi amik je jgn bnyk pike,klu pike bnde yg dibagi tu rasuah,rasuah la jadinye..anggap je hadiah
BalasPadamBetul la tu.kan nik ajis dah ckap,klu org bagi amik je.jgn pike rasuah,anggap hadiah
BalasPadameuw tolonglah bro... kembang tekak gua tengok nuar laga totey ngan guan eng.. nak pelukpun agak agak la.
BalasPadammengata dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih!!
BalasPadam