Ramai gadis dipercayai lari dari rumah selepas hilang pertimbangan akibat terpengaruh dengan pujuk rayu serta ayat-ayat manis teman lelaki mereka.
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya. Datin Dr. Sapora Sipon berkata, sikap mendahulukan kekasih itu didorong oleh keinginan gadis yang mahu hidup bebas daripada kongkongan keluarga.
"Keinginan untuk hidup bebas inilah mendorong mereka mengambil tindakan tanpa berfikir panjang selepas termakan pujuk rayu kekasih.
"Trend mereka melarikan diri ini lebih kepada mahu berseronok, keinginan yang tidak dapat dipenuhi serta tindakan yang dirasakan wajar pada ketika itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Sapora, tindakan sedemikian juga dibantu dengan adanya kemudahan teknologi seperti telefon bimbit dan laman sesawang bagi memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan kekasih atau teman lelaki.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan