Korang ingat lagi pasal Zarina AnJolie yang bikin panas bila beraksi separuh telanjang dalam majalah FHM tak berapa lama dulu? Untuk pencerahan.., Zarina AnJolie tu adalah Muslim.
Lepas tu.., sorang lagi artis Malaysia, Julie Woon beraksi "seksi" untuk majalah lelaki. Tapi Julie bukannya Muslim.
Jadi, nampak tak persamaan antara artis-artis zaman sekarang? Dorang tak malu beraksi ghairah hanya untuk duit beb..
Muslim ke, tak muslim ke.., dorang akan "bogel" je tanpa kompromi kalau dah hanyut dengan godaan raja kertas tu..
Senario ni bukan saja berlaku di Malaysia je beb.., di negara Islam lain pun sama juga penyakitnya. Awal tahun ni, masyarakat Islam Pakistan dikejutkan dengan keberanian sorang artis negara tersebut beraksi telanjang dalam majalah FHM.
Artis muslim yang juga merupakan model serta pelakon popular negara tersebut sanggup bergambar tanpa pakaian dalam majalah tu hanya semata-mata kerana nak popular di Hollywood.
Anak kepada pesara tentera elit Pakistan, Venna Malik telah dikecam hebat kerana aksi panas beliau. Bagaimanapun, Venna menafikan dia berbogel tetapi hanya mendedahkan separuh sahaja tubuhnya.
Venna menyifatkan majalah tersebut telah memaparkan gambar photoshop dan memfitnah dirinya.
Keluarga Venna pula berasa amat malu dengan insiden tersebut dan tak lagi mengaku Venna sebagai anak mereka. Malah, ayah Venna sendiri mahu kerajaan Pakistan menghukum anaknya jika didapati benar dia bersalah.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan