BREAKING NEWS

Urut sambil berbogel... Hanya di Selangor...


Mengurut pelanggan secara bogel. Itu tawaran istimewa yang disediakan sebuah premis urut kepada pelanggannya.

Pemilik premis di Bandar Puteri, Puchong Selangor di sini, boleh diibaratkan ‘tidak makan saman’ kera­na pernah diserbu polis, bulan lalu. Bagaimanapun, kedegilan pemilik premis itu memaksa polis melakukan sekali lagi serbuan, awal pagi semalam.

Ketika serbuan dilakukan, seorang tukang urut wanita warga asing sedang berbogel semasa mengurut seorang pelanggan.

Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, dalam serbuan itu, lapan wanita warga Thailand, Filipina dan China diberkas.

“Wanita itu menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai tukang urut. Kita percaya premis ini menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya,” katanya.

Izwan berkata, sebuah spa di kawasan berhampiran turut diserbu kerana dipercayai menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggannya.

Menurutnya, premis ini menggunakan konsep susun atur dalaman umpama hotel lima bintang untuk keselesa­an pelanggan.

“Empat wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan juga diberkas,” katanya.

Dalam serbuan berikut­nya, sebuah pusat karaoke turut diserbu kerana menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Katanya, tiga lelaki yang bertindak sebagai penjaga premis di ketiga-tiga premis tersebut serta semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan.

1 ulasan :

  1. Ala... Kat tempat kita pun ada, cuba MPP pi tengok kat Tingkat 5, Hotel Summit kat Bukit Mertajam, yg mula2 nya adalah tapak untuk sebuah mesjid daerah... sama je

    Tok Musa

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online