BREAKING NEWS

Tun Mahathir belasah Anwar lagi... Kali ni isu LGBT..


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menukar undang-undang di Malaysia dengan undang-undang Barat kononnya untuk memperjuangkan kebebasan semula jadi manusia, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar baru-baru ini telah menyatakan dalam wawancara dengan BBC di Mumbai, India, baru-baru ini bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.

“Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang.

“Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte, Egalite, Fraternite iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus,” katanya dalam entri terkini blog beliau www.chedet.cc hari ini, yang bertajuk Lapok.

Dakwaan Anwar bahawa undang-undang Malaysia adalah jumud tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah dan terdapat beberapa undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat di Barat sekarang, katanya.

“Antaranya ialah keagungan konsep bebas dan persamaan serta kebebasan seks.

Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki.

Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi,” kata Dr. Mahathir.

Lain-lain konsep kebebasan semula jadi manusia termasuklah menukar konsep institusi perkahwinan dan kekeluargaan dengan mentakrifkan pasangan yang bersekedudukan sebagai berkeluarga, boleh menukar pasangan tanpa penceraian dan siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting, katanya.


p/s: Bravo Tun!! Gua cukup suka bila Tun Mahathir belasah Anwar dengan kata-katanya yang cukup sinis dan tajam. Confirm mengelupur Anwar dan seluruh pencacainya lepas ni.. Hahahaha..

2 ulasan :

  1. Skandal Pasir di selangor Terbongkar.
    http://assassincyber.blogspot.com/2012/02/panas-perbualan-telefon-skandal.html

    BalasPadam
  2. OUTSTANDING ARTICLE!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online