Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Sekor lagi parasit dalam PAS panas punggung dengan Hasan Ali...
Comments : 1
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.
Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.
Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.
Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.
Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.
Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.
"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno."Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.
"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.
Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.
p/s: Makin ramai nampaknya PARASIT dalam PAS tonjolkan diri bila Hasan Ali tabur 'racun serangga' diseluruh negara.. Hari tu Khalid Samad.., sekarang ni Husam pulak..
Gua jangkakan, lepas ni mesti Nizar pula yang akan bersuara hentam Hasan Ali.. Tu pun besar punya PARASIT dalam PAS...
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
MPP,
BalasPadamParasit-parasit ini sebenarnya kumpulan yang kemas dan teratur. Parasit JIM dan Parasit Anwar tidak sehaluan kecuali untuk tumbangkan BN. Parasit JIM lahir dalam tahun 80'an daripada IRC. Parasit JIM mempuyai kepimpinan yang tersembunyi. Tujuan mereka untuk tumbangkan apa yang dikatakan 'taghut' BN dan menaikan Islam. Wadah mereka kini melalui politik 'pintu belakang' dengan meresapi parti-parti politik. Cuma kelihatan kini 'matlamat menghalalkan cara' - mengadaikan akidah, bersekongkol dengan kafir harbi dsb. Entah bagaimana strategi begini boleh menaikkan Islam kita tidak ketahui. Parasit JIM mempunyai 'tok guru2' mereka tersendiri. Dr Maza adalah antaranya. Teliti karya-karyanya dan perhatikan tuturnya. Hassan Ali menjadi mangsa serangannya dan Ambiga & Bersih pula disokong dengan mengunakan hadith. Aneh 'ulamak' yang hebat merasa gerakan mempertahankan aqidah dan penyatuan ummah itu perkara yang hina tapi menyokong himpunan jalanan kafir harbi suatu yang mulia. Saya menyeru bekas kader-kader kumpulan parasit ini mendedahkan lagi aktiviti dan nama mereka yang terbabit. Rakyat perlu tahu siapa mereka sebenar supaya agenda mereka boleh disoal. Salam.