BREAKING NEWS

PRU13 : Azhar Idrus ditolak jadi calon PAS..


Sebelum ni banyak cerita yang kata Azhar Idrus bakal bertanding di PRU13 atas tiket PAS.., dan DUN yang dimaksudkan ialah DUN Langgar di Terengganu.

Azhar Idrus pun nampaknya bukan main suka lagi dan semakin vokal hentam kerajaan. Gua tak heran.., itulah KPInya untuk jadi calon PAS..

Tapi dalam wawancara Hadi Awang bersama Sinar Harian baru-baru ni, nampaknya hasrat penyokong Azhar Idrus untuk tengok idola dorang jadi wakil rakyat tak mungkin tercapai beb..

Hadi Awang menolak dakwaan bahawa Azhar Idrus bakal bertanding atas tiket PAS di PRU13.

Gua cadangkan, kalau dah tak boleh bertanding atas tiket PAS, apakata Azhar Idrus bertanding je atas tiket DAP..

Bukankah DAP tu lebih memahami Islam dari UMNO? Bukan gua kata haaa.., Pok Nik yang kata.. Hahahahaha...


Ada tak calon wanita di Terengganu?

HADI: Kita usaha nak tonjolkan calon wanita kerana calon kita ini mesti daripada akar umbi, daripada cawangan-cawangan dan daripada atas.

Kalau daripada atas sahaja, respons cawangan tiada, tidak boleh. Kadang-kadang kita ada tokoh, tapi tokoh tu tempat dia orang tidak kenal kena, bawa tempat lain.

Calon lelaki pun begitu. kita nak orang ini, contohnya, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu pada 2008, tetapi boleh kalah, walaupun dia seorang tokoh yang besar.

Dulu pernah di sini tahun 1950 - 1960 Parlimen Dungun, wanita, Khadijah Sidek. Di sini, pernah orang Johor, bukan Terengganu. Menang di sini, jadi calon wanita.

Ini bukan kali pertama. Dan, kita ada calon wanita, kita kemukakan dan saya sebagai ahli Majlis Syura Ulama, semua nama calon dihantar ke Pusat dan ada dua tiga orang wanita di Terengganu.

(Penceramah bebas) Ustaz Azhar Idrus?

HADI: Tidak termasuk.

Nampaknya Pas pun laksanakan calon boleh menang?

HADI: Calon yang boleh menang yang cukup syarat. Dia mengikut kehendak parti kita, ikut syarat dan boleh menang.

Kalau boleh menang sahaja, tapi tidak cukup syarat parti kita, kita tidak beri jadi calon.

-sumber

3 ulasan :

  1. kalau orang tua ni masuk politik..pas akan dapat nyawa baru terutama sokongan pengundi muda.

    Itupun kalau pemimpin pas nampaklah benda inikan. Kalau mereka terus main cah keting, sampai bilapun pas akan terus tenggelam dalam mimpi basah Putrajaya

    BalasPadam
  2. yang sebenarnya mamat ni syok sendiri jer ....

    BalasPadam
  3. AKU PALING HEBAT ,RAMAI ORANG DATANG CERAMAH AKU ,LA SYOK SENDIRIIIIIIIIIIIIIII AMEKAW

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online