BREAKING NEWS

PKR/Pakatan sokong Penulis Arab Saudi hina Islam dan Rasulullah.


Naib Presiden PKR N. Surendran mengecam tindakan Putrajaya menghantar pulang kolumnis akhbar Arab Saudi Mohammad Najeeb A. Kashgari yang akan berdepan hukuman berat selepas didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Mohammad Najeeb, atau Hamza Kashgari, yang melarikan diri dari Arab Saudi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu sebelum ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Hamza mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan satu kenyataan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahan rakyat negara itu.

“Hari ini Hamza Kashgari telah dihantar pulang ke Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia di mana dia bakal berdepan hukuman mati. Kami mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kerana menghantarnya pulang untuk berdepan hukuman mati berdasarkan komen di Twitter.

“Penghantaran pulang itu menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu tindakan kejam. Tindakan itu terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak daripada proses undang-undang Malaysia,” kata Surendran dalam satu kenyataan.

Beliau menambah Mahkamah Tinggi juga telah mengeluarkan perintah sementara untuk menyekat penghantaran pulang Hamza yang berusia 23 tahun.

“Perintah itu bermakna hakim Mahkamah Tinggi telah menemui asas aduan Hamza tentang penahanan tidak sah oleh pihak berkuasa Malaysia dan penghantaran pulang juga menyalahi undang-undang. Apa alasan kerajaan untuk menghantar pulang Hamza?

“Tiada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Arab Saudi dan kesalahan yang dilakukan Hamza bukan satu kesalahan yang boleh membawa hukuman bunuh di Malaysia. Tindakan itu tidak mengikut lunas-lunas perundangan dan perlembagaan,” katanya.

Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.

Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad yang disukai dan tidak disukainya.

Media negara itu melaporkan susulan tulisan lelaki itu, sebanyak 30,000 entri Twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam.


p/s: Lepas ni, kalau ada lagi melayu-melayu yang sokong PKR atau Pakatan..., bermakna dia sokong hina Islam dan Rasul.

3 ulasan :

  1. Sesiapa sahaja menyokong orang yg menghina Rasulullah SAW adalah musuh aku. Wahai anjing PAS dan PKR lihat lah betapa zalimnya puak=puak kamu terhadap Allah dan RasulNya. Kembalilah, berhentilah berbuat zalim.

    BalasPadam
  2. Sokong lg alkafirun jd rakan seperjuangan....sah mereka turut mempertikaikan undang2 yg Allah SWT turunkan....fikirkanlah sendiri HUKUM undi PR...

    BalasPadam
  3. aku mmg dari azali anti israel,nik aziz tua nanyuk & anwar ibrahim

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online