BREAKING NEWS

Penyanyi ni bertudung bukan kerana Nik Aziz..


Penyanyi yang kini masih popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali hari ini membuat satu pengakuan yang beliau sudah pun berhijrah ke arah lebih baik.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul semalam, Ana Raffali mengambil keberkatan hari untuk mula mengenakan tudung.

Ana Raffali berkata keputusan untuk mengenakan hijab secara tetap lahir dari ketulusan hati dan bakal suami juga keluarga tidak terkejut kerana beliau sudah mengenakan tudung ketika menyampaikan kad undangan perkahwinan beberapa hari lalu.

“Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain” ujar Ana Raffali yang bakal berkahwin 25 Februari ini.



p/s: Tahniah gua ucapkan kepada Ana Raffali. Semoga beliau kekal bertudung dan terus mendapat hidayah. Hehehehe... Sapa kata artis kena masuk PAS baru boleh berubah? Tak payah masuk PAS pun boleh dapat hidayah laaa...

3 ulasan :

  1. syukur ALHAMDULILLAH...

    SEMOGA AURAT AWAK DIJAGA DGN LEBIH SEMPURNA DAN MENDAPAT BERKAT DARI ALLAH TAALA...

    TAHNIAH COZ AKAN MERAMAIKAN UMAT NABI MUHAMAD SAW.

    PEJUANG HAMAS...

    BalasPadam
  2. X de keje lain ke selain kutuk PAS???...
    Tolonglah...buang masa jer...

    BalasPadam
  3. hek eleh...apasal plak ada org yg melenting nih..??tak de pasal la mengutuk Parti Adat dan Sukan...banyak lg keje lain yg nak dibuat...lgpon kitorg tau akibat dan musibah nye kalu kutuk nabi2 dlm PAS nu...mmg x cium bau sorga gamak nye...huhu...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online