Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PAS Selangor nak buat Solat Hajat pasal Kepala Babi..
Comments : 0
Susulan insiden penemuan kepala babi di beberapa buah masjid semakin menjadi-jadi, PAS Selangor akan menganjurkan solat hajat memohon agar insiden ini tidak merebak dan menimbulkan huru hara.
Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata solat hajat akan dilakukan di peringkat negeri, dan di setiap daerah dan cawangan.
"Kita tahu ada orang yang cuba melakukan provokasi perkauman di Selangor dan ahli-ahli kita tidak mudah termakan provokasi ini.
"Kita mahu ahli-ahli PAS menyelidik dan menjejaki dalang di sebalik insiden ini,"katanya.
Selangor dan Lembah Klang paling kerap dihadap dengan provokasi kaum dan agama semenjak kerajaan negeri bertukar tangan dalam PRU-2008.
Sebelum ini, pada tahun 2010 Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya diletakkan kepala babi.
Isu kepada babi timbul dan diperkatakan semula dengan kejadian terbaru berlaku di Masjid Nurul Iman, Rawang pada 31 Januari lalu dan Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.
"Kita arahkan ahli-ahli PAS membantu menjaga kesucian masjid dan surau. PAS selangor sedia bekerjasama dengan semua agensi termasuk polis serta akan menahan sesiapa saja yang cuba mengulangi insiden kepala babi ini,"katanya dalam satu kenyataan media.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.