BREAKING NEWS

PAS Kedah kacau bilau pasal berebut projek rupanyaaa....


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak oleh Exco Kedah dan kalangan pemimpin parti itu untuk memecat Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan serta merta.

Desakan itu semakin lantang susulan tindakan Azizan meluluskan pemberian kontrak penyenggaran jalan bernilai berpuluh juta ringgit kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang pemimpin Umno Kedah.

“Pemberian kontrak itu adalah kemuncak rasa tidak puas hati Exco-exco Kedah terhadap Azizan dan di kalangan pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat sendiri,” kata sumber-sumber rapat dengan parti itu kepada Antarapos.com.

Adalah difahamkan pimpinan Pas telah diberikan bukti-bukti dan dokumen berkaitan yang menunjukkan kerajaan negeri memberikan kontrak itu kepada syarikat berkenaan.

Akhbar The Star hari ini mengesahkan bahawa dua Exco Kerajaan Negeri daripada Pas iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah memaklumkan kepada Hadi keputusan mereka tidak mahu dilantik semula sebagai Exco jika Azizan dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Dua lagi Exco Kedah yang dijangka mengambil langkah sama adalah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamad Khalib.

“Saya amat bimbang tentang apa yang sedang berlaku namun biarlah kita tunggu dan lihat apa keputusan presiden parti (Hadi). Segalanya bergantung kepada presiden,” kata Taulan.

1 ulasan :

  1. kalau bn buat dasar mcmtu alamat ramai ahli pmbgkang tak makan, anak2 tak boleh belajar p luar negara, tak boleh pakai kereta mewah,pangkat besar,berniaga & urus projek besar...ada klinik, ada psaraya, pasang bini dua tiga sbb banyak duit..makmurnya mereka lbh drp org bn yg kerja sokong kerajaan, hasilnya pmbgkang dpt..tak prcaya p survey..pmbangunn & pelaburan yg dibawa bn pun depa cakap depa buat..ni bila org umno dpt projek jd mcmni..apa depa ingat semua hasil mahsul di kedah tu depa nak guna utk tembolok sndiri ke? apa punya politik busuk mcmni? baru dpt kuasa sikit dah mcm kera dpt bunga mcm dinasti lim di penang tu & khalid pasir di selangor tu..semua nak kaut sblm pru13..takut nanti masuk kubur sempit woi..bnyak sangat makan duit haram mcm kepala zionis malaysia tu yg nak rasuah 10 juta sorang asalkn dia jd pm..minta rasuah 300 juta dari tauke cina sbb nak pancing org ikut dia nak p duduk putrajaya..ini kepala lanun & kepala rasuah di malaysia..buka2la mata hai rakyat malaysia..jngn biarkan diri anda ditipu dah brbelas2 thn..tolak semua dajal2 ni dlm pru13..aman malaysia..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online