Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Najib MENGAMUK!! Nampak duit BR1M, puak-puak Pakatan yang berbaris dulu...
Comments : 1
Ketika ditanya mengenai bantuan BRIM yang dikecam oleh kebanyakan pemimpin Pakatan, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN melaksanakan dasar dan program yang terbukti mampu membela kebajikan rakyat termasuk bantuan berkenaan yang memberi manfaat kepada 80 peratus isi rumah di seluruh negara.
Kenyataan tersebut dinyatakan kepada media sewaktu menyampaikan baucer kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang Terengganu kelmarin.
Perdana Menteri menjelaskan, BR1M juga tidak dilaksanakan mana-mana kerajaan lain di seluruh dunia namun ia diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak tanpa `memilih bulu’ dan parti.
“Kita tidak memilih bulu (seperti) kata Datuk Yahya (Khatib Mohamad) dalam ungkapan pantunnya tadi, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang kutuk, maki hamun kita, apabila nampak duit (BR1M) lima keping, dia yang pertama sekali berbaris.
“Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan kerajaan. Tetapi saya kata tidak mengapa, jika kita tidak mendapat undi, di akhirat nanti insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah s.w.t,” katanya ketika berucap di majlis itu.
Dalam tempoh tiga tahun peralihan kuasa di tangan Perdana Menteri, katanya, pelbagai bantuan sudah dilaksanakan kerajaan BN dan jika diberi masa lima tahun lagi pastinya lebih banyak yang boleh dilakukan demi kepentingan rakyat.
Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyat supaya dapat menilai secara bijak kepimpinan Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi sanggup memecat ahlinya dan pemimpin sendiri semata-mata bagi menjaga kepentingan pakatan dengan DAP.
“Pas tidak boleh pakai, kerana banyak `lebong’. Sebab itulah Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah condong, bunyi-bunyinya (sudah) tidak mahu bertanding. Tidak tahulah kalau dia `pelawok’ (menipu).
“Pas juga berkecamuk. Orang yang baik, imannya kuat, orang yang memperjuangkan Islam, orang yang nak pertahankan akidah, nak menegakkan akhlak, orang ini yang dipecat oleh Pas. Di mana perjuangan untuk Islam? Kalau orang yang menegakkan Islam dan akhlak dibuang oleh Pas,” katanya.
p/s: Tahniah dari gua buat Perdana Menteri kita yang berani hentam puak-puak Pakatan.. Yang lain-lain dalam kabinet tu bila nak mula bersuara? Nak tunggu 'blessing' ke? Tak pun nak tunggu arahan rasmi dari PMO?
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
saya ada di sana masa PM berkunjung ke Batu Buruk.....walau saya x tergolong dlm penerima BRIM saya tetap ke sana nak tengok pemimpin kita!
BalasPadam