Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Jubah PAS terlondeh hanya kerana seorang amoi..
Comments : 1
MCA menganggap sokongan Cina terhadap Pas hanya sementara kerana mengetahui mereka tidak mampu memajukan ekonomi bangsa itu dan pada masa yang sama melaksanakan dasar mendiskriminasikan golongan wanita .
Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, orang Cina telah tersedar dari mimpi indah dan janji-janji yang ditaburkan parti Islam itu sebenarnya tidak memberi manfaat kepada bangsanya.
“Pas banyak tabur janji kepada orang Cina daripada bekerja kuat membuktikan mereka berjaya melaksanakan apa yang dijanjikan dan ini dapat dilihat pemerintahannya di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak boleh menipu kami setiap masa dengan kenyataan untuk menyedapkan mulut.
“Mereka perlu sedar, orang Cina mahu pembangunan dalam ekonomi sedangkan Pas tidak mempunyai kemahiran itu. Atas sebab itu Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan, bukan Pas ataupun Pakatan,” katanya selepas membuat lawatan ke Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz kelmarin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Raub berkata, Pas perlu sedar, orang Cina tidak sepenuh hati menyokong mereka dan kerjasama parti itu dengan DAP juga dilihat satu lakonan untuk mendapatkan kuasa serta menang pilihan raya sahaja.
Lebih tepat, menurutnya, orang Cina hanya berpura-pura menyokong Pas kerana parti itu tidak boleh dipercayai dan ini dapat dilihat apabila gagal berbuat demikian pada orang Melayu.
“Di Kedah, orang Cina masih sakit hati apabila dilarang mengusahakan ladang khinzir dan Pas seolah-olah memilih makanan mana yang boleh makan, mana yang tidak boleh kepada kami. Isu ini belum selesai dan ia menunjukkan Pas gagal di negeri berkenaan.
“Bukan itu sahaja, kami melihat Pas tidak banyak membantu kehidupan seharian dan dasarnya yang mahu melaksanakan hudud dan pada masa yang sama, DAP menentang, menunjukkan kedua-dua parti itu tidak ada persefahaman,” katanya.
Mengulas mengenai kenyataannya yang Pas gagal memartabatkan kedudukan golongan wanita, beliau berkata, parti itu sejak sekian lama mahu wanita tinggal di rumah dan tidak pernah mengiktiraf dalam arus pembangunan negara.
“Pernah lihat Pas memberi bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina? Itu sudah cukup mempersoalkan sumbangannya kepada orang Cina,” katanya.
Mengulas mengenai janji parti Islam itu mahu melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yen Yen berkata, ia jelas menunjukkan Pas bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah mendapat undi, malah bukti mereka tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.
“Pas mahu kerajaan yang mereka tubuhkan nanti, setiap hari kerjanya mencetak wang untuk menampung perbelanjaan pelajar berkenaan,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
PAS PIS PUS.. Apa yg depa tau merepek meroyan pastu takbir.. golongan ulamak dalam pas dah tinggal berapa kerat saja.. dari nama parti islam dah tukar parti kebajikan.. dari kuat akidah lani dah bleh masuk gerai babi pi bg angpow.. tunggu nak musnah ja dibaham parasit2 dalam pas tu..
BalasPadamAryan Brotherhood