BREAKING NEWS

Jangan GELAK!!! Mat Sabu nak selamatkan negara dari BANKRAP.


Pakatan Rakyat tidak mahu mengambil alih Malaysia yang sudah bankrap tetapi bersedia ke Putrajaya sebelum itu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Oleh itu, katanya rakyat yang cintakan Malaysia mesti menyelamatkan keadaan pada Pilihan raya Umum ke-13 dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

"Tiada jalan lain untuk selamatkan Malaysia melainkan jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ini.

“Jika BN menang lagi pasti negara akan bankrap sebab sekarang ini pun sudah ke arah itu," tegasnya ketika berceramah sempena majlis makan malam kutipan dana pilihanraya PAS Negeri di Dewan Besar Sungai Dua, malam tadi.

Menurutnya lagi, slogan 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bermakna rakyat kena mempersiapkan diri dengan mental yang tinggi dengan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, kemenangan Pakatan Rakyat pastinya mengembalikan kestabilan politik negara yang hampir luntur ekoran terlalu banyak kepincangan yang dilakukan oleh BN.

Jika ditakdirkan Malaysia bankap tahun 2019, beliau percaya BN menyerahkan pentadbiran negara secara percuma sahaja kerana mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi untuk menghalangnya.

"Jika waktu itu bagi percuma pun Pakatan Rakyat tak mahu kerana nak pulihkan ekonomi negara yang bankrap amat sukar. Jadi, sebelum terlambat buatlah perubahan," katanya.



p/s: Mat Sabu bercakap pasal ekonomi? Tahu ke penyokong Chin Peng tu apa maknanya ekonomi? Mat Sabu tu bini orang dia tahu laaa.. Hahahahaha...

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online