BREAKING NEWS

Jahat betul Umno!!! Saja buat fitnah terhadap Anwar dan Nik Aziz...


Mata lebam, Umno yang salah... Kena suntikan Arsenik, Umno yang punya kerja... Kena dakwa liwat, Umno yang punya strategi... Kena rakam video seks, Umno punya konspirasi...

Semuanya salah Umno beb... Anwar mana pernah buat jahat.. Dia kan pemimpin paling suci dan paling wangi dalam Pakatan..

Sekarang Anwar dah dedahkan.., mana ada dia sokong Israel beb.. Semua tu adalah fitnah yang maha dahsyat dari Umno dan Barisan Nasional..

Ishhh.., rupanya memang jahat puak-puak Umno ni semua ye.. Tak ada kerja lain asyik menyusahkan Anwar je.. Hahahahaha...


=================================================

Anwar Ibrahim mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Menurut Ketua Pembangkang itu, Umno menggunakan media arus perdana untuk menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan penyokong PAS dan umat Islam terhadapnya.

"Mereka hentam Anwar besar-besar dan sekarang mereka nak laga-lagkan saya dengan Tok Guru Nik (Abdul) Aziz.

"Mereja nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu," katanya di sini Isnin malam.

Beliau berkata demikan dihadapan kira-kira 1,500 penyokong pembangkang pada ceramah penjelasan isu Israel-Palestin di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, di sini.

Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menggesa Anwar menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) atau mengambil tindakan undang-undang.

Bagaiman Anwar sekali lagi menegaskan pendiriannya berhubung isu Israel-Palestin adalah selari dengan suara rakyat Palestin mutakhir ini melalui Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

1 ulasan :

  1. hahaha xde maknanya nak lagakan kedua ekor makhluk ghaib ni..buang masa je

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online