Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Anwar salahkan Wall Street Journal pulakk...
Comments : 5
Seakan tersepit dengan desakan pelbagai pihak berhubung kenyataan kontroversinya mengenai keselamatan Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mendakwa jawapannya kepada soalan Wall Street Journal (WSJ) mengenai isu itu adalah berbeza dengan apa yang disiarkan media tersebut.
"Saya ditanya (WSJ), Anwar kamu kenapa benci sangat, musuh sangat Israel, tiap-tiap kali keluar kenyataan kutuk keganasan Israel. Itu soalan daripada WSJ kepada saya.
"Saya kata, saya kecam sebab Israel ganas, zalim dan tidak mengiktiraf hak rakyat Palestin. Dan dicatat di situ (laporan WSJ) Anwar sedia terima Israel," katanya pada program ceramah di Markas Pas Cawangan Kampung Mengkasar di sini malam tadi.
Laporan WSJ Asia bertarikh 26 Januari yang menyiarkan kenyataan Ketua Pembangkang itu turut boleh dibaca di http://online.wsj.com/ yang memetik:
"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.
Terjemahannya:
"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), sesuatu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin."
Dalam ceramahnya malam tadi itu, Anwar turut membidas pimpinan UMNO serta media arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan TV3 kerana dikatakan tidak memetik keseluruhan perenggan kenyataannya berhubung isu Israel yang dilaporkan dalam WSJ itu.
Selain itu, Anwar turut mengakui wujud perbezaaan pendapat di antara beliau dan Pas berhubung konflik Israel dan Palestin yang mana parti sekutu dalam pakatan pembangkang itu menolak sama sekali kewujudan negara Yahudi itu.
Sedangkan, beliau melihat penyelesaian isu Palestin berdasarkan kewujudan dua negara seperti mana yang dinyatakan dalam inisiatif Pelan Damai Raja Arab Saudi, Raja Abdullah 2002 yang mana Israel mesti berundur dari wilayah Arab dan jika mereka berundur maka perlu beri hak kepada rakyat Palestin dan balasannya keselamatan Israel akan dijaga.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Salam,
BalasPadamsebelum itu saya nak minta maaf, saya juga seperti anda pejuang maya penentang anwar.
Tetepi saya ada melihat sedikit kesilapan dalam artikel saudara. Berhubung kenyataan Anwar Ibrahim. Maksud kenyataan Anwar Yang sebenar adalah seperti di bawah. Dalam kenyataan anwar dalam WSJ dia telah menyatakan, akan membuka hubungan diplomatik dengan Yahudi, dan bukannya "tidak mengesahkan".
"Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel," kata Encik Anwar, walaupun dia berhenti pendek berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang katanya masih bergantung pada Israel menghormati aspirasi Palestin.
Rakyat kena tahu hal sebenar. Takut nanti ada percanggahan makna sebenar.
T.Kasih
Kenyataan Anuwar menyokong Israel itu telah di sahkan lagi oleh Jerusalem Post iaitu akhbar yang di kawal kerajaan Yahudi Israel. Dengan lain perkataan Anuwar itu telah di materi mati. Ianya sahih!
BalasPadamTiada alasan apa apa langsung untuk Anuwar mengatakan kenyataannya di WSJ itu keliru atau salah catit.
Itulah orang 2 alam. Kenyataannya pun nak dia dua alamkan. Dia ingat dunia ni biasa sangat dengan orang dua alam iaitu depan boleh belakang boleh. Kalau ikut Quran ini di panggil munafik. Depan orang Islam dia lah pejuang, belakang orang Islam dia kata pada Israel, "Saya memang bersama kamu".
Ini lah orang sekejap lelaki sekejap pondan.
Bab pondan sebagai contoh lari ke kedutaan Turki
ko kelentong pak lebai yg dah tua bolehlah nuar.......
BalasPadamAhlil Tipu Negara...!!
BalasPadamANWAR IBRAHIM..
BalasPadampd aku, dia ni x ada benda... HAMPEH..
sbnrnya, aku suka sgt bila dia ni dibebaskn mhkmh atas tuduhan meliwat YTH en saiful... KENAPA..?
lihatlh sekarang... hukum dunia dia mula terima...
ckp brbelit2.. sokong LGB.. trbaru, sokong pula ISRAEL.. bangsa ni mmng bangsa jahanam, dh trcatit musuh kita umat ISLAM (x guna buat baik).
kuasa ALLAH.. dia dibebaskn.. mcm2 perkara yg pelik, memalukan, mengaibkn n hina akan dilakukn lg lps ni. percayalh...
aku sungguh2 kasihan dgn kak wan, kak wan trpksa melindungi anwar ni sbb suami dia lgpun dh dr mula kak wan depend suami dia ni yg dia sangka kes konspirasi (kes prtama).. kasihan sungguh..
smoga ALLAH mmbuka pintu hati kak wan wlupun pahit nk trima sbb suami sendiri...
ANWAR... lantak lh kau nk buat apa pun.. nk ke Putrajaya... kirim salam ajelh...