BREAKING NEWS

Perjuangan PAS sama nilai dengan MUJAHIDIN Palestin..


PONTIAN – Para ahli gerakan Islam PAS yang berjuang untuk memartabatkan Islam di dalam negara ini dianggap sama nilainya dengan mujahidin di Palestin. Kata Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

”Kita bagi bantuan (Aktiviti kebajikan). Itu berjuang sesuaikan dengan waqie (suasana) di Malaysia (pendekatan aman). Ia sama (nilai) dengan darah (mati syahid) seperti di Palestin.

”Kita terjemahkan atas kemampuan yang kita miliki,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Simpang Renggam berkata, Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya dengan pelbagai bebanan tugas kerana mengetahui tahap kemampuan yang dimilikinya.

Justeru, adalah disarankan supaya penyenaraian tugas perlu dilakukan sehingga kepada menunjukkan tingkah laku yang baik juga merupakan jihad dalam Islam.

”Ini (budi pekerti mulia) paling asas. Berorganisasi politik untuk memudahkan kerja.

”Semua gerak kerja tidur, makan contohnya adalah jihad dan akan mendapat pulangan pahala daripada Allah.

”Paling simple hantar bantuan. Paling penting, rekodkan secara terperinci, adakah pengundi atau tidak.

”Allah lihat kerja itu akan beri pulangan. Para malaikat akan bersama memberi kemenangan. Kita beri satu, Allah balas beribu,” terang beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di program kuliah maghrib di Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.



p/s: Kalau betullah macam Ostad PAS tu kata.., akan berpusu-pusu lah seluruh umat Islam di Malaysia ni masuk PAS.. 


Tapi kenapa sampai sekarang ni PAS berada di pihak yang kalah? Sebabnya PAS tu parti yang menyelewengkan aqidah.. Tuhan takkan redha dengan parti sesat macam PAS tu beb..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online