Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Penulis lirik Awan Nano akan keluar dari PKR.
Comments : 0
Penulis lirik lagu Awan Nano, yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26, semalam (Ahad) Nasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat berkata beliau tidak menggunakan bidang seni sebagai medium untuk berpolitik walaupun beliau terlibat dalam bidang tersebut secara langsung.
Nasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor.
Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.
"Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan.
"Saya berkarya untuk semua orang, saya tak buat lagu untuk satu parti atau mana-mana parti tertentu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.
Justeru katanya, lagu Awan Nano yang bermaksud 'pelindung' dan karya-karyanya yang lain turut mempunyai unsur-unsur kemanusiaan selari dengan prinsip penulisannya.
Nasmi berkata, beliau sebenarnya sudah terlibat dalam bidang seni dan penulisan bukan baru tetapi kira-kira 15 tahun yang lalu dan tidak menganggap berpolitik sebagai halangan untuk berkarya.
"Kerja seni saya melampaui parti dan saya tak jadikan parti sebagai halangan. Parti sebagai wadah untuk saya bergerak, itu sahaja," katanya.
Nasmi menambah, berkarya sambil menceburi bidang politik adalah perkara biasa yang turut berlaku di luar negara.
Malah, beliau turut menegaskan nama pena Buddhi Hekayat yang digunakannya sekarang dalam bidang seni juga bukan bertujuan untuk menyembunyikan identitinya sebagai ahli politik daripada diketahui umum.
Dalam pada itu, beliau berkata selepas kemenangan Awan Nano, beliau mula melihat arah yang dicari-cari selama ini dan akan lebih aktif menulis lirik.
"Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba," katanya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan