BREAKING NEWS

Manusia BANGANG yang bergelar Mahasewel dan SMM..


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebernarnya adalah pertubuhan haram di kampus. Berlagak bertindak sebagai suara mahasiswa kampus. Menuduh kampus yang sedia ada tidak cukup berdemokrasi kepada pelajar.

Siapa yang memilih SMM secara demokrasi di kampus? Tidak ada, yang ada adalah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Demokrasi mana lagi yang dicari kalau masih belajar pun boleh menyaman, mengecam dan memalukan universiti sendiri. Kalau masih belajar boleh mengusung keranda ke SUHAKAM. Kalau masih belajar boleh tidur atas jalan, berkepit dengan Anwar Ibrahim dan berceramah atas pentas PAS. Boleh hadir ke mahkamah untuk nyatakan sokongan kepada Anwar.

Itulah demokrasi. Ada sesiapa halang Adam Adli dan Safwan Anang hadir ke mahkamah?


Diusung dengan kerusi roda kononya retak dan patah tulang di rusuk dan pipi, mana laporan X-Ray?
Dengan demokrasi berpelembangaan inilah, wujudnya PAS dan Keadilan. Dengan demokrasi jugalah mahasiswa berhak memilih siapa yang mereka hendak untuk menjadi wakil mereka.

Maka kalau mahasiswa memilih orang yang silap. Yang harus dipersalahkan ialah pemilih yang memilihnya bukan suatu sistem yang telah sedia ada.

Anwar Ibrahim semasa menjawat jawatan Menteri Pendidikan juga tidak meminda dan memansuhkan AUKU. Mungkin Anwar terhutang budi dengan AUKU yang sedia ada.

AUKU inilah juga yang telah mengeluarkan beratus ribu orang graduan di Malaysia sejak bertahun-tahun yang lalu. AUKU inilah yang banyak berjasa mengubah nasib anak petani, nelayan dan penoreh getah menjadi seorang yang berjaya.

Kenapakah sesuatu Akta yang cukup berjasa ini perlu dibenci dan dihapuskan oleh mahasiswa ? Bertahun-tahun isu AUKU kedengaran di kampus, tuduh zalim tetapi kalau zalim sudah tentu ramai yang dibuang terus dari universiti. Meminda mungkin konstruktif, tetapi menghapusnya adalah tidak rasional sama sekali.


Apakah tidak “Bebas Partisipasi Politik” jika sudah boleh turun ke mahkamah sokong Anwar?

Atas dasar demokrasi yang toleran antara Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan DEMA lahirlah SMM. Presiden SMM ialah wakil daripada PMI manakala DEMA menjadi Setiausaha SMM. Tetapi yang mendominasi gerakan SMM sebenarnya ialah DEMA. Inilah demokrasi toleran amalan mahasiswa pembangkang.

Apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu sistem yang ada boleh menyaman universiti atau memboikot sistem yang sedia ada. Malah SMM pernah anjurkan demonstrasi di Parlimen mengutuk menteri.

Ahmad Rifauddin Abdul Wahab (Pengerusi SMM) pernah membantah peraturan baru pilihanraya kampus di UIAM dalam Akhbar SIASAH bil 0004, (m/s 5), keluaran 16-29 September 2005. Kini berdemo pula jam 2 pagi di UPSI.


Baru tiga semester digantung, tapi masih lagi boleh jadi guru lulusan UPSI, zalim lagi?
Masih sanggup terima skroll dari UPSI? Kalau tidak sanggup baik berhenti jadi ahli politik sepenuh masa.

Inilah demokrasi. Tidak puas hati boleh membantah sistem yang ada. Tidak puas hati boleh kutuk polis sebagai anjing dalam Twitter. Turun gambar Perdana Menteri, kemudian tidak minta maaf. Budaya manakah ini?

Inilah budaya gampangan budak-budak mahasewel negara yang bergelar Solidariti Mahasiswa Malaysia!!


*sumber KLXpress

2 ulasan :

  1. swuh je bapak diorang ckk universty sndri
    bapak jd censler,mak jd vc,anak jd graduan
    settle mslh

    BalasPadam
  2. suruh ja bapak dyorang bkk unvrsti sndri
    bapak diorang jd canselor,mak diorang jd vc,n dyorang jd student
    law nk kua sjil,mntk la tandatangan mat sabu@sabun
    hahahahah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online