BREAKING NEWS

Last minit punya rayuan..., nampak sangat tak ikhlas nak lawan..


Gua baru dapat tahu yang Peguam Negara baru saja memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan mengenai kes Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Baguslahh.. Tapi gua memang dah 'tak ada hati' dengan kes Saiful ni bila Anwar dibebaskan pasal tak cukup bukti 9 Januari hari tu.. Nampak sangat ada konspirasi.

Dan dari mula lagi gua tak yakin sebenarnya kes liwat ni difailkan kembali ke Mahkamah Rayuan.. Kalau di Mahkamah Tinggi pun boleh lepas, inikan pulak mahkamah Rayuan beb..

Tapi disaat-saat akhir, Peguam Negara nak buat jugak rayuan.. Kenapa tunggu last minit? Nampak sangat Peguam Negara tak ikhlas nak lawan..

Gua letih sebenarnya.., masa kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi dulu, 3 tahun lebih beb kes Anwar berlangsung.. Dah tu, berpuluh kali penangguhan yang dibuat oleh Anwar dan barisan peguamnya..

Semua bebudak blogger pro kerajaan pakat hentam Anwar dan siang malam untuk yakinkan pembaca blog bahawa Anwar akan masuk balik ke Sungai Buloh.. 3 tahun beb main gilababi cerita Anwar.. Penat woooo...

Last-last apa jadi.., Anwar bebas kerana tak cukup bukti DNA.. Selain tu, biar gua je tahu sebabnya..

So.., ada tak pihak-pihak atasan fikirkan apa pandangan pembaca terhadap bebudak blogger pro kerajaan semua bila Anwar didapati tak bersalah kerana tak cukup bukti?

Confirm semua bebudak blogger terpaksa tahan telinga kena kutuk dan maki kaw-kaw punya.. Ada puak-puak bangsawan tu ambil peduli?

Jadi, jangan cerita kat gua la kononnya kes Saiful dibawa ke Mahkamah Rayuan sebab nak pertahankan maruah hamba Allah tu..

Kalau Peguam Negara betul-betul ikhlas nak lawan.., tentu awal-awal lagi dah buat rayuan beb.. Kenapa tunggu last minit? Korang tunggu wahyu dari siapa?

Kes liwat Anwar dah habis bila Mahkamah Tinggi bebaskan dia.. Bagi gua, dia dah tak ada modal nak berkempen dalam ceramah untuk balun kerajaan dan tarik simpati rakyat..

Sekarang lu semua kasi dia peluru baru beb.. Gua yakin Anwar akan manipulasi rayuan kes liwat ni di segenap ceruk kampung untuk modal PRU13..

Pada pendapat gua.., ini politik yang akan merugikan Najib sebab bukan dia yang cetuskan kes liwat ni.. Lu semua dah overkill Anwar sampaikan sekarang ramai mula bersimpati pada dia..

Gua cakap bagi pandangan peribadi gua sebagai blogger bawahan.. Lu orang nak dengar atau tak, itu lu punya pasal.. Gua bukan dapat juta-juta RM dari lu semua..

Tapi percayalah.., bukan Anwar Ibrahim yang korang semua berdepan sekarang.. Lu semua sedang berdepan dengan fahaman Anwarisme dalam politik Pakatan..

Lu semua tak tahu nak handle, tunggulah nasib lu di PRU13 nanti.. Bloggers boleh bantu setakat yang mampu, tapi kalau para bangsawan semua still playsafe macam gampang.., habis lu semua beb!!

Tolong ingat.., hanya manusia bangang saja yang tak reti guna kuasa bila berkuasa!

4 ulasan :

  1. jangan kecewa.... peguam negara hanya pengantara, Allah SWT menetukan segalanya, percaya pada Qada' dan Qadar, pasti ada hikmahnya.... kita sama-sama berdoa demi kebenaran...

    BalasPadam
  2. aku tak rasa benda ni tak ikhlas...tapi nilah ketentuan ilahi...juak PAKATAN jaja AG takan buat rayuan untuk sepol...

    tup-tup, bila AG buat rayuan, mesti ni hadiah tahun baru cina untuk JUAK PAKATAN...

    releks bro...kalau kita baca Surah Yassin, ada ayat Allah berfirman,

    "sesungguhnya kekuasaannya, apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada benda itu: Jadilah Engkau, maka jadilah ia..."

    jangan takut, kalau kat dunia lepas, kat akhirat takan lepas...

    wassalam...

    BalasPadam
  3. Saya setuju juga apa awak cakap, cuma seboleh-bolehnya lewatkan kes ni sampai lepas PRU. dia dah fail, x kan boleh tarik balik. kita hanya boleh bertawakkal. Blog-blog pro BN nilah yang membuat saya sangat teruja melayari internet, nak cari modal lawan pembangkang. Thanks to all pro bn bloggers, may Allah keep you safe from harm, and can keep on blogging fighting our fitnah wielding enemies.

    BalasPadam
  4. Bro,patah paruh bertongkat dagu,patah dagu bertongkat siku,patah siku bertongkat sayap,patah sayap berterbang jua!!Dgn semangat bangsa Melayu perjuangan tidak akan luntur!!! Berundur tak semestinya kalah...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online