BREAKING NEWS

Konvensyen Pakatan sama macam Perhimpunan di Padang Arafah!!


“Macam duduk di Padang Arafah,” begitulah reaksi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulakan ucapannya pada Rapat Rakyat Perdana diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi spontan beliau apabila melihat lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada majlis itu, lapor harakahdaily.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.

Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

Korang yang beragama Islam mesti tahu apa yang istimewanya tentang Padang Arafah.. Padang Arafah tu adalah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah.

Disitu lah umat Islam menunaikan rukun wukuf yang merupakan salah satu rukun dalam ibadat Haji.

Jadi bila Nik Aziz menyamakan perhimpunan konvensyen Pakatan di Alor Setar tu dengan perhimpunan di Padang Arafah, gua rasa orang tua tu memang dah nyanyuk tahap kritikal..

Apa perlunya nak samakan perhimpunan politik dengan perhimpunan dalam ibadat haji? Agak-agaklah kalau Nik Aziz nak cari mileage politik sekalipun..

Janganlah sampai mempergunakan ibadat Haji untuk mendapatkan perhatian dalam politik jijik didalam negara ni beb..

Ni yang susah.. Gua nampak hari ni, makin banyak wujud golongan yang menjual agama untuk kepentingan diri.., kumpulannya atau pemimpin politiknya.

Golongan ni akan berhujah dengan ayat al-Quran dan hadis atau hujah tokoh-tokoh tertentu bagi menarik sokongan dari orang ramai..

Tapi niat disebalik segala perbuatan tu, golongan tersebut akan cuba selewengkan kefahaman sebenar untuk kepentingan dorang sendiri.

Ni lah yang dikatakan menjual agama demi kepentingan peribadi.. Sama lah macam yang Nik Aziz dan puak-puak Pas dok buat tu..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online