BREAKING NEWS

Ibu restu Nur Amalina berpakaian seksi?


Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

6 ulasan :

  1. AKU TGK BUDAK DAH MCM SLUT JER...

    PEJUANG HAMAS...

    BalasPadam
  2. Org akan menilai seseorang dari penampilan. Ibu dia seharusnya menegur penampilan dia dan kalau foto tu disimpan sbg peribadi, knpa upload ke fb, apa maknanya tu?

    BalasPadam
  3. AkuHarapXJadiMacamAmalinaBilaAkuBesar5 Januari 2012 pada 7:15 PTG

    aku tension btol la...palotak die la tuh gambar peribadi, die upload dkat facebook and setkan sebagai public, pastu bile orang amek gambar die, ckap tuh gambar private....

    wat the F la wey...

    BalasPadam
  4. Sedih dgn ulasan ibu Amalina hari ini dgn mengatakan yang Amalina hanya memakai tudung (menutup aurat) untukmajlis tertentu. Wahai penolong kanan sekolah yang bertudung. Jika ilmu agama tidak tinggi jangan menunjukkan KEJAHILAN keseluruh dunia. Menutup aurat adalah tuntutan AGAMA dan bukannya fesyen yang perlu disesuaikan dengan majlis atau keadaan. Dan pasti penolong kanan Akan menempelak dengan komen yang delay Malaysia pun ramai yang tak bertudung. Dan juga komen seperti bust apa bertudung jika berkelakuan tidal senonoh. Kita tidak boleh mencampur aduk tuntutan agama dengan perbuatan. Heran saya bagaimana seorang ibu yang menampilkan imej bertudung boleh mengeluarkan kenyataan sejahil ini. Wallahualam!

    BalasPadam
  5. fitnah everywhere! sabar or saman je..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online