BREAKING NEWS

HEBAT!! Exco regim DAP Penang langsung tak ada HARTA!!


Memang menakjubkan beb.. Setelah pengisytiharan harta yang dibuat oleh Exco-exco regim kerajaan DAP di Penang hari ni, gua dimaklumkan bahawa Malik Kassim langsung tak ada harta..

Korang kenal tak Malik Kassim? Dia adalah Exco Hal Ehwal Agama dalam kerajaan negeri DAP P.Pinang dan merupakan balaci paling setia kepada Guan Eng..

Korang percaya atau tak itu terpulanglah pada korang.., tapi apa yang gua diberitahu ialah, Malik Kassim cuma ada sebijik kereta Proton Tiara semenjak hampir 4 tahun dia jadi Exco..

Dan baru-baru ni je dia beli kereta lain bagi menggantikan Proton Tiara dia tu.., itu pun dengan pinjaman ansuran kerajaan.. Hebat!!!

Ajaib tak? Nik Aziz pun kalah dengan Malik Kassim punya zuhud ni beb..

Gua tak sangka macam tu sekali hebatnya Malik Kassim.. Lepas ni, gua cadangkan Malik Kassim diangkat jadi Ketua Menteri untuk gantikan Guan Eng..

Orang zuhud macam Malik Kassim tu lah yang rakyat nak.. Bukan kaki kebas dan rampas macam Guan Eng..

So.., mulai hari ni.., gua sokong Malik Kassim jadi CM Penang yang baru.. Walaupun suara dia macam itik, gua tak kira.., gua sokong jugak.

Hidup Malik Kassim!! Hidup Proton Tiara!!! Hahahaha...


Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunaikan janjinya mewajibkan Ketua Menteri dan semua Exco mengisytiharkan harta masing-masing.

Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan walaupun sudah hampir 4 tahun menjadi Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 itupun dibayar dengan pinjaman kerajaan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

4 ulasan :

  1. mpp,

    ko pegi tangkap gambar rumah dia. taruk kat sini. agak-agak la nak membohong pun

    BalasPadam
  2. Proton Tiara tu ke yg Najib MAS pakai masa kenny ong di bunuh. Kereta tu jenis tu ke....? Kesian. Pi raaah...

    BalasPadam
  3. Assalam Bro

    Siapa nak percaya, Staff aku yang gaji kecil pun pakai van Ford.... Brlum lagi kira yang kerani2 kerajaan yang pakai HONDA civic tu... Rumah pun tak ada ke Bro... itu harta juga tu...?

    BalasPadam
  4. itik mana ada rumah reban adala....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online