BREAKING NEWS

Hatta Ramli patut CABAR Anwar isytihar harta kekayaan... Ada berani?


Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan harta peribadi diri dan keluarga serta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) agar rakyat tahu menilai jurang perbezaan antara rakyat dan pemimpin.

Justeru, beliau memuji langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini apabila mengisytiharkan harta semua exconya.

Sepatutnya Kerajaan Pusat malu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mendahului tanggungjawab dengan mengisytiharkan harta exco yang bertanggungjawab membuat polisi kerajaan.

Bila istihar harta, rakyat akan tahu berapa banyak harta yang ada pada kepimpinan yang sering mengajak rakyat buat itu dan buat ini," jelasnya dalam ceramah anjuran Jabatan Pilihanraya PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas malam tadi.

Tambah beliau, pengisytiharan harta oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu jelas membuktikan keprihatinan kerajaan yang berjiwa rakyat, tidak seperti kerajaan BN yang mengambil wang rakyat untuk kepentingan kroni.

Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, keberanian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus dipuji oleh rakyat kerana tidak takut berselindung berbanding dengan kepimpinan Umno dan BN.

Katanya, jika kepimpinan Umno dan BN isytihar harta tentu rakyat akan terkejut kerana walaupun baru sepenggal menjadi wakil rakyat sudah mempunyai harta berjuta-juta ringgit.

"Pasti rakyat akan terkejut bila lihat senarai harta kepimpinan Umno dan BN. Sebab bukan diri mereka saja yang kaya tapi suami, anak dan sanak saudara turut berpeluang membolot kekayaan harta rakyat," terangnya.



p/s: Hatta Ramli nak suruh Najib isytihar harta..? Kenapa dia tak suruh Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh pun isytihar harta jugak?

Gua berani gerenti, semua kepala-kepala regim Pakatan tu lebih kaya dan berharta dari Najib. Tak percaya? Try lah isytihar tengok... Ada berani ke?

1 ulasan :

  1. Kalau orang lain nampak sangat. Suruh Anwar tu istihar harta dia dulu.

    Termasuklah kroni2 dia masa jadi Memteri Kewangan dulu.

    Baru terkincit dalam seluaq. Orang diam hangpa bising. Hangpa tengok dulu Azmin tu dapat duit mana kalau setakat Wakil Rakyat berapa duit sangat dapat. Hidup sekarang terlalu mewah. Itu yang orang nampak yang tak nampak?

    Termasuklah pemimpin2 lain dalam Pakatan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online