BREAKING NEWS

Hanya yang pakai tudung saja boleh menyanyi di Kelantan..


Penyanyi berimej baru Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana, 28, mengakui mungkin kerana imejnya yang sudah bertudung, beliau diundang oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu semalam.

Artis yang terkenal lagu duetnya ‘Paling Comel’ bersama allahyarham Achik itu juga tidak menduga beliau akan dijemput menjayakan program anjuran kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Menurutnya, beliau memang sedar kerajaan Kelantan mempunyai dasarnya sendiri berhubung hiburan dan bukan mudah untuk membuat persembahan di negeri itu.


“Tetapi apabila saya tiba-tiba diundang, memang terkejutlah saya dan saya rasa begitu gembira dan dihargai,”ujarnya yang buat pertama kali membuat persembahan secara tertutup sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas membuat persembahan Ladies Nite 2012 di Kota Bharu Trade Centre (KTC), malam tadi sempena program Kite.

Walaupun beliau belum pernah membuat persembahan tertutup khusus untuk penonton wanita sahaja, namun pengalaman manis itu membuatkan beliau mudah bergerak untuk membuat persembahan.


p/s: Artis yang nak menyanyi di Kelantan kena pakai tudung..? Ok lah tuu.. 

4 ulasan :

  1. Biasa laa tu mulut orang tua simusang berjanggut yang udah nyanyuk ni cuma tau mengutuk orang lain serta menjatuhkan maruah orang yang tak sehaluannya sahaja, tapi dia tak sedar kain sarung yang dipakainya udah koyak..sebab tu laa punggung nya terdedah pun dia tak sedar sehinggakan sanggup diliwat oleh nuar brahi dan dap...dulu bukan main islamiknya..suara wanita adalah aurat..wanita tak boleh bekerja dan bergincu kerana terdedah kepada maksiat dan dosa..diwujudkan kaunter kaunter khas bagi wanita dipasaraya. tapi sekarang bukan soal penyanyi wanita sahaja dijemput untuk membuat pesembahan malah pertandingan bina badan lelaki dengan cuma memakai underware pun dah dibenarkan dikelantan. maklumlah sekarang ni perjuangan PAS bukan untuk pemerintahan berlandaskan islam tetapi sudah bertukar menjadi negeri menyuruh rakyat membuat kebajikan kepada para pemimpinnya. Alang kah kesiannya melayu yang menyokong PAS..berterusan dibohongi dan ditipu oleh pemimpin mereka yang menjadikan cara berpakaian dan kehidupan seharian secara sederhana serta menjadikan agama sebagai topeng untuk menipu para penyokong mereka.

    BalasPadam
  2. tah,,komen yg kt ats 2 da tepesong dari artikel 2..

    BalasPadam
  3. apehal mamat atas tu mereben tu.....buat baik pun x kena.....iblis mmg benci kebaikan....nampak dah munafik tu....tutup aurat pun dia tentang....apa fahaman dia ha.....

    BalasPadam
  4. Ape yg meraban anak lenggong ni.. Mmg la suara wanita aurat, tapi pada lelaki yg bukan muhrim.. Dalam kes kat atas persembahan ni di buat secara tertutup dihadapan kesemuanya adalah perempuan, baca fakta betul2 sebelum komen..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online