BREAKING NEWS

Gadis dicekup bersama lelaki Myanmar.. Alasan takut tidur sorang..


Takut tidur bersendirian kerana rakan serumah balik kampung memaksa seorang wanita tempatan mengajak teman lelakinya, warganegara Myanmar menemaninya tidur di rumahnya.

Itulah alasan yang diberikan oleh pekerja swasta itu apabila apabila dicekup bersama teman lelakinya oleh Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di salah sebuah rumah di flat Pandan Jaya, awal pagi ini.

Ketika serbuan jam 2.00 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu rumah sewa itu yang berkunci dari dalam lebih 30 minit, sebelum dibuka oleh wanita berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, pihaknya mendapati teman lelaki gadis itu menyorok di dalam sebuah bilik lain.

Beliau berkata, pekerja swasta itu berusia 22 tahun manakala pasangannya berusia 20 tahun dan tidak bekerja.

“Kami mendapati pasangan itu berpakaian lengkap ketika serbuan,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, operasi tersebut dijalankan setelah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai lelaki berkenaan sering kali datang ke rumah tersebut.

“Kami menjalankan operasi itu mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.


p/s: Alahai alasannn... Lain kali bagilah alasan yang munasabah sikit dik oii... Takut tidur sorang punya pasal, sanggup berkhalwat dengan bukan muhrim? Apa lah nak jadi dengan anak gadis zaman sekarang ni...

3 ulasan :

  1. Apa lah nak jadi dengan anak gadis zaman sekarang ni...
    _______________________________________________

    JADI JALANG KELAS MURAHAN LA...

    PEJUANG HAMAS...

    BalasPadam
  2. orang minyak kan berleluasa sekarang...mungkin dia betul2 takut kot. tak baik tau korang ni. kahkahkah

    BalasPadam
  3. Kita pastikan bang nuar jadi PM..lepas ni gerenti takde dah kes macam ni. Sebabnya bang nuar akan wujudkan undang undang melarang mengintip dan menangkap mereka yang buat seks ditempat tertutup.

    Hidup bang Nuar Hidup bang Nuar kekekeke

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online