BREAKING NEWS

DAP sediakan SARANG SEKS untuk MELAYU di Batu Feringghi.. BRAVO!!!!


Sebuah hotel bajet di Batu Feringghi dipercayai menjadi tumpuan golongan remaja membuat maksiat namun kegiatan berkenaan dihidu beberapa penduduk setempat dan segelintir peniaga berhampiran.

Pekerja kedai runcit, Yahya Hasan, 55, berkata, kegiatan terbabit sudah lama berlaku namun semakin rancak sejak tahun ini.

Menurutnya, terdapat sekumpulan remaja berusia belasan tahun secara berpasangan datang ke kedainya dan membeli barang.

“Apabila mendengar loghat mereka bukan orang Pulau Pinang, saya bertanya datang dari mana, dan masing-masing menjawab Kuala Lumpur dan Ipoh, saya kemudiannya bertanya datang melancong ke, dan dengan selamba mereka menjawab mereka sudah di sini dua malam dan duduk di sebuah hotel bajet.

“Mereka memang ada menyebut nama hotel berkenaan, yang saya hairankan ialah semuanya baru sahaja berusia lingkungan dalam 17 hingga 20 tahun tapi sudah pandai jauh dari ibu bapa dan melakukan perkara maksiat sebegini,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke hotel berkenaan mendapati bayaran yang dikenakan begitu rendah bermula dari RM50 sehingga RM100 sahaja.

Perbuatan mereka yang ingin melakukan maksiat juga lebih mudah kerana kedudukan hotel yang terletak di bahagian belakang bangunan.

Seorang pekerja hotel yang tidak mahu dikenali berkata, mereka tidak mempunyai hak untuk menghalang remaja terbabit dengan menginap di tempat mereka.

“Kami pun dapat duit, kalau kami marah-marah pasti pelanggan lari, kalau penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)) datang, kami bagi saja mereka masuk buat pemeriksaan,” katanya.


Terdahulu Sinar Harian telah melaporkan hotel berkenaan menjadi sarang maksiat malam tahun baru berikutan penangkapan beberapa pasangan remaja di situ.

Ketua Operasi JAIPP Tanjong, Muadz Md Nazan berkata, pihaknya menahan 14 remaja berusia lingkungan 16 hingga 20 tahun di hotel berkenaan.

Menurutnya, serbuan dilakukan sekitar jam 2 pagi mendapati tujuh pasangan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 iaitu berkhalwat.

2 ulasan :

  1. Hm.. BN pun ada sediakan sarang seks kat JB. Lagi gempak, bukan stakan pompuan, pondan pun ada. Tepi balai polis pulak tu.

    BalasPadam
  2. bodohnya budak ni..ko cakap port kat mana buat apa..bila dah kantoi mulalah mengelupur..nak mainpun dok hotel bajet watpe..

    penat je si cina biawak tu buat hotel mahal tapi korang xnak guna...kalau guna hotel mahal mesti selamat..x caya boleh tanya bang nuar..selamat keluar dalam video hahahahaha

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online