BREAKING NEWS

Bapuk International ditangkap di Bukit Bintang...


Kawasan sekitar Bukit Bintang yang terkenal sebagai lokasi hiburan dan kegiatan tidak bermoral pada waktu malam diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bagi mengurangkan aktiviti tidak sihat itu, awal pagi semalam.

Serbuan yang dijalankan bermula jam 2 pagi dan berakhir dua jam kemudian menyasarkan wanita dan pondan warga asing yang giat menjalankan aktiviti menawarkan khidmat seks.

Dalam serbuan itu, 34 orang iaitu 19 wanita dan 14 pondan serta seorang pelanggan lelaki ditahan.

Daripada jumlah itu, sembilan wanita ialah warga Afrika, Kemboja (tiga), Vietnam (dua), Indonesia (dua) dan masing-masing seorang warga Filipina, Hong Kong dan Bangladesh.

Manakala 14 pondan iaitu lapan dari Filipina, Thailand (lima) dan Indonesia (satu) serta seorang lelaki Bangladesh yang juga pelanggan turut ditahan.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, berkata serbuan berkenaan diadakan di Jalan Bukit Bintang, Hotel Sabrina, Changkat Bukit Bintang dan Pub Sutera.

Katanya, ketika serbuan, beberapa wanita dan pondan terbabit menawarkan khidmat kepada orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.


p/s: Wohaaa!!! Patutlah Mat Sabu beria-ia sangat nak bertanding di kawasan Bukit Bintang ni hari tu.. Ada banyak 'keistimewaan' rupanyaa... Hahahahaha...

1 ulasan :

  1. Anwar pun lariiii kalau tgk hantu2 nii... hahahaha..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online