BREAKING NEWS

2 bulan kawen dah cerai..? Takziah buat Hattan kerana kehilangan isteri...


Jodoh dan maut tu ditangan Tuhan dan kita hanya mampu merancang.. Kita tak boleh lawan qada' dan qadar melainkan terima je lah dengan hati terbuka..

Contohnya.., kalaupun kita tak suka sangat dengan Anwar, tapi bila Mahkamah bebaskan dia dari tuduhan meliwat tu, kita kena terima lahh..

Samalah jugak dengan kes penyanyi Hattan nih.. Baru je kawin 2 bulan, tup-tup dahh bercerai.. Nak buat macam mana.., tak ada jodohhh...

Kawin sehari ke.., kawin seminggu ke.., kalau dah tak serasi bersama, susah beb nak kekalkan keharmonian tu.. Kalau korang tak percaya, tanya je kat dorang yang dah kawin..

Jangan tanya gua sebab gua bujang lagi tahun ni.. Hahahaha...

Berbalik pasal Hattan ni, rasanya baru je gua tengok persembahan dia di Malam Perhargaan Media di PWTC hari tu.. Suara dia memang power.., tambah pulak bergandingan dengan Ramli Sarip.. Fuhhh.. mantap beb..

Apa-apapun.., gua ucapkan Takziah lah pada Hattan.. Cuba lagi lah dimasa depan ye.. Usaha tu kan tangga kejayaan.. Bak kata Anwar..., lawan tetapp lawannn.. Hahahaha...

Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Hattan dan isterinya, Farah Asyikin Othman disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada Khamis.

Akhbar Sinar Harian melaporkan, Hattan, 48, melafazkan cerai terhadap Farah di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli sekitar pukul 11.30 pagi.Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya untuk menfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Akhbar itu turut melaporkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Hattan dan Farah Asyikin, 34, baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

4 ulasan :

  1. Pipit Hattan berduri kot, biso bonar mano pompuan tu nak tahan.

    BalasPadam
  2. Kesian Hattan tertipu lagi dia.
    Dia ingat lain pempuan lain "barangnya"....rupe2 nye "BENDE" yang dia dapat sekarang tu lebih kurang sama gak buatannya dengan yang dulu.
    Maaf je la Tan, tak dapek den nak menolongnya.

    BalasPadam
  3. lu bujang lagi ke MPP? kenapa tak bagitau. Boleh gua carikannnn someone yg muka can Lisa Surihani...oppps lupa lu kan dah nak tunang dengan Maya Karin. Hehehehe

    BalasPadam
  4. Alah Kjee.. Takkan kemana kalau ada jodoh gua dengan Maya Karin..Huhuhu..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online