BREAKING NEWS

Zaid suruh PAS bertaubat dari percayakan Anwar...


Zaid Ibrahim yang sekular tu pun dah pandai nasihatkan PAS supaya jauhkan diri dari PKR. Tapi gua rasa, puak-puak PAS mana nak dengar cakap Zaid. Dia tu bukannya manusia anugerah Tuhan...

Percayalah, selagi PKR lawan UMNO dan kerajaan, selagi tu lah puak-puak PAS akan jilat habis bontot Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR semua.

Dan selagi Anwar dan PKR boleh maki hamun pemimpin-pemimpin kerajaan, selagi tu lah puak-puak PAS sanggup menadah janji hancing Anwar dengan harapan dorang boleh berkuasa selepas PRU13 nanti.

Korang bukannya tak tau polisi PAS dibawah kendalian Nik Aziz Al Nyanyuki.., PAS akan sanggup jadi pencacai kepada sesapa saja dengan syarat, kena bencikan UMNO dan kerajaan.

So, sebab tu lah PAS sanggup jilat Anwar dan sujud di kaki Kit Siang and son. Semuanya pasal perasaan dengki pada UMNO dan kerajaan yang ada kuasa.

Jadi, mana ada PAS betul-betul perjuangkan politik Islam? Puaka-puaka hutan tu semua hanya gilakan kuasa dan pangkat saja sebenarnya. Islam tu sekadar kosmetik je beb.

Hanya yang bangang saja percaya kepada tipu daya puaka-puaka hutan yang berserban dan berjubah tu...


Seorang bekas pemimpin kanan PKR berpendapat masih belum terlewat bagi parti pembangkang terutama PAS untuk mengkaji semula hubungan pakatan dengan PKR yang kini berdepan dengan
isu video lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Zaid Ibrahim berkata sewajarnya hubungan itu perlu dikaji semula kerana sudah terlalu banyak isu integriti membabitkan Ketua Umum PKR itu dipertikaikan termasuk isu video lucah itu.

"Sepatutnya PAS kaji lama dah (hubungan dengan PKR). Ini membabitkan soal integriti dan kewibawaan pemimpin yang bukan sahaja kepada parti pembangkang tetapi juga kepada pemimpin BN.

"Banyak masa negara kini bertumpu kepada soal integriti Anwar. Patut fikir hal rakyat dan satu penyelesaian perlu dikaji dan diambil," katanya kepada pemberita selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di Kora Baharu, hari ini.

Zaid yang juga Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu memberikan keterangan kepada polis bersabit laporan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Sabtu lalu, Zaid membuat laporan polis terhadap Karpal kerana mendakwa pemimpin itu telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadapnya bersabit isu asid deoksiribonukleik (DNA) membabitkan Anwar.

NONEMengulas lanjut, Zaid berkata Anwar perlu berundur daripada jawatannya jika benar terbabit dalam video tersebut.

"Saya belum lihat video berkenaan dan kalau sudah lihat nanti boleh saya beri komen dan kalau benar terbabit kenalah berundur," katanya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa hairan pemimpin PKR itu termasuk pemimpin parti itu yang lain memberikan pelbagai alasan menafikan terbabit tuduhan tersebut tanpa melihat terlebih dahulu video berkenaan.

"Saya hairan juga bagi pelbagai komen dan apakah mereka sudah lihat video itu," soal Zaid.

Bagaimanapun Zaid meminta pemimpin PKR tidak menyalahkan pihak lain yang kononnya terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. - Bernama

[VIDEO INSIDE] Penyokong Anwar meroyan depan balai Polis Dang Wangi..


Anwar dah buat report Polis seperti yang dia janjikan semalam. Adalah pulak 30 orang ntah mat gian mana yang diupah untuk terjerit-jerit depan balai tadi tu..

Patutnya Polis sumbat je penyokong-penyokong Anwar tu ke dalam lokap. Sakit mata je gua tengok dorang. Melalak macam masuk hantu je lagaknya.

Tapi yang peliknya, kenapa Anwar buat laporan pasal penyebaran video lucah dan jugak pasal pembabitan pemimpin tertinggi negara?

Dah tu Anwar mengaku pulak video tu disebarkan untuk ugut dia dan Wan Azizah letak jawatan.

Makin hancing permainan politik peliwat no1 negara ni nampaknya. Gua tunggu je apa komen Nik Aziz. Kemana hilang orang tua nyanyuk tu yeee..? Tengah tunggu "wahyu" turun kot? Hahahahahaha....


Isu video 18SXXX: Mahfuz jadi pakar superimposed...



Dalam pada semua orang sibuk-sibuk memperkatakan tentang pendedahan video seks seorang pemimpin kanan Pakatan, muncul pulak seorang mangkuk hayun dari parti yang kononnya lebih islam dari yang lain memberikan komen kurang cerdiknya.

Orang lain sibuk membuat spekulasi sama ada video itu benar ataupun tidak, tetapi Mahfuz Omar wakil PAS dari Pokok Sena dengan bangganya mengatakan ianya adalah superimposed. Mahfuz ni tahu ke apa yang dimaksudkan dengan superimposed tu?

Inilah yang dikatakan bodoh tak boleh diajar, pandai pula tak boleh dijadikan ikutan. Kalau gambar tu bolehlah juga diterima ianya di superimposed kan, tapi tak pula pernah didengar video boleh dilakukan teknik yang serupa.

Untuk pengetahuan Mahfuz, sehingga sekarang ni tak ada lagi teknologi yang boleh melakukan teknik superimposed pada video bergerak. 20 tahun lagi tak tahulah pula bagaimana teknologinya.

Tetapi yang sahihnya sekarang, superimposed hanya boleh dilakukan kepada gambar berstatus “still” saja.

Satu nasihat untuk Mahfuz, kalau bodoh tu kenalah belajar. Jangan sampai orang gelakkan anda sebab anda tu adalah ahli Parlimen Malaysia. Malu kat ahli politik luar negara kalau mereka tahu di Malaysia ada ahli Parlimen macam Mahfuz ni.


p/s: Macam haram je Mahpus ni.. Kesian orang Pokok Sena pasal dapat wakil rakyat bangang macam dia ni...

Utusan "bakor" pengikut Pakatan...


Gua salute betul dengan paper Utusan ni.. Memang mantap dan berani betul. Korang tengoklah sendiri muka depan dia.. Hebatttt!


Sebab tu lah juak-juak pembangkang marah betul kat Utusan. Sampai ada yang sanggup nak bakor je paper utama rakyat Malaysia ni.

Mana tak meroyannya puak-puak tu kalau pemimpin anugerah tuhan dorang dikaitkan dengan aksi seks panas? Tambah-tambah pulak geng Utusan  letak kat muka depan sebagai tajuk sensasi.

Huh.., mau mengelupur gerombolan pakatan seluruh negara tu beb. Dan makin bertambah-tambahlah jaki nya dorang terhadap media arus perdana tu.

Bagi gua, memang patut pun media-media kat Malaysia buat macam Utusan ni. Bantai je si Anwar tu kaw-kaw. Nak heran apa sangat kat peliwat no.1 negara tu.. Bukan dia boleh jadi PM pun lepas ni...

Sepanjang pengalaman gua ikut ceramah Anwar di merata-rata tempat, selalu je gua dengar dia ni maki hamun wartawan. Yang selalu kena ialah Utusan dan TV3 lah... Macam lah Harakah dengan MalaysiaKini tu mulia sangat cerita dorang..

Walaupun gua bukan wartawan, still terasa jugak beb sebab gua ada admire kat sorang awek wartawan tu.. Bak kata pepatah.., cubit paha kiri, paha gua pun terasa jugak laa...

Ada satu insiden yang gua tak boleh lupa..., masa mat bontot ni buat ceramah di Padang Awam Seberang Jaya, dia dengan bangganya lempar file yang kononnya bukti pendedahan APCO ke lantai ceramah... Lepas tu dia suruh wartawan kutip file tu dan balik buat cerita.

Selamba je muka Anwar masa tu perli wartawan Utusan dan TV3 sambil penonton ceramah tu gelak ramai-ramai... Macam haram bai!

Pada pandangan gua, Anwar memang sengaja nak hina wartawan masa tu.. Nasib baiklah tak ada sesapa yang pi kutip walaupun gua tengok ada jugak member wartawan kat situ...

So, orang macam ni gua rasa tak payahlah nak hormat sangat. Dia bukannya tau hormatkan orang lain punn. Polis dipanggilnya anjing kerajaan.., wartawan dikatanya pencacai tukang cuci najis pemimpin.

Nasib baiklah gua bukan editor Utusan, kalau tak, semua penulis dalam paper tu gua wajibkan menulis macam brader Awang Selamat. Barulah meriah.... Hahahaha..

Macam manapun..., tak kisah la puaka-puaka hutan tu nak bakor ke, nak panggang ke atau nak BBQ kan paper melayu ni sekalipun.... Utusan tetap the best bagi gua dan majoriti besar rakyat Malaysia.

Cuma.., puak-puak Pakatan tu tak sedar selama ni dorang yang kena bakor sebenarnya... Hahahahahaha...

p/s: Untuk makluman, entry ni bukanlah bertujuan untuk membodek atau apa. Gua sekadar nak bakor saja... Hehehehehe...

Antara video 18SXXX dengan serah DNA...banyak bezanya tu beb....


Pasal isu video 18SXXX pemimpin kanan pembangkang ni, semakin banyak pulak persepsi yang mula keluar.. Gua tengok, ramai jugak yang teringin nak jadi juri jemputan dalam rancangan realiti ni..

Bila Anwar secara terang-terang mengaku dia bukan individu dalam video porno tu, cerita ni dah mula jadi semakin menarik. Gua terfikir, kenapa Anwar buat PC untuk menafikan dia adalah individu terbabit?

Puncanya ialah, lepas saja para wartawan masuk tengok tayangan perdana di Hotel Carcossa, riuh rendah dalam Twitter dorang buat statement pasal individu dalam video tu..

Gua diberitahu, secara terang dorang kata wajah pelakon utama tayangan blokbuster tu adalah "mirip" kepada Anwar. Sebab ni lah Nik Nazmi, Saifuddin, Sivarasa dan jugak Tian Chua meroyan tak ingat dunia..

Korang kena ingat, mamat 4 ekor tu memang aktif giler dalam Twitter ni.. Nampak sangat dorang tak ada kerja lain kann selain dari bertwitter je 24 jam..

Dan bermula dari sinilah heboh satu malaya cerita pasal lelaki Y dalam video panas tu adalah Anwar. Dan sebab tu lah jugak Anwar "terpaksa" buat sidang media untuk "bersihkan" nama dia.

Yang tu adalah kronologi cerita dari pemahaman gua. Tak ada apa yang mengejutkan punn.. Tapi gua suka bila ada yang pertikaikan cerita video "projek tanam semula" ni dengan isu serah DNA..

Bagi gua, isu DNA adalah isu mahkamah, dan isu video 18SXXX ni adalah satu cerita yang baru ditimbulkan ditengah-tengah kehangatan isu DNA.

Ada orang yang kata cerita video ni sengaja ditimbulkan untuk tutup isu DNA. Ada pulak yang kata video ni dibuat untuk menjatuhkan terus Anwar Ibrahim. Tak kira lah macam manapun, pada pendapat gua, benda ni adalah dua isu yang berbeza.

Walau apapun, gua kagum dengan strategi politik Anwar. Korang cuba bayangkan, dalam masa tak sampai satu hari, dia boleh buat orang tak percaya bahawa dalam video tu adalah dia.

Bukan puak pencacai pembangkang je yang tak percaya.., tapi orang pro kerajaan pun termakan dakyah Anwar beb... Hebat la lu Nuarrr....

Kita semua tau Anwar sedang menghadapi tekanan untuk serah DNA dia pada  mahkamah, dan isu video ni dimanipulasi baik oleh Anwar dengan buat muka seposen mengaku tak bersalah di sidang media.

Kita pun terpedaya dengan muka seposen Anwar dan mula percaya kata video tu hanyalah satu divert untuk dia lari dari isu DNA. So, kira video tu dah tak valid lagi lahh.... Nampak tak betapa hebatnya Anwar main sandiwara... Hahahahaha...

Tapi, dalam pada tu, macam mana kalau video tu betul dan ori? Kita awal-awal dah buat persepsi kata video ni hanya rekaan geng Anwar untuk divert dari bagi DNA.. Tak ke susah macam tu?

Sekali lagi gua berpendapat, korang jangan terlampau over-perception didalam propaganda politik. Patutnya kena blend semua isu dah hit them deep & hard. Barulah mantop braderr....


"Manipulate and overcome the facts is the core of politics war". Yang ni dah lama diamalkan oleh Anwar. So, apa barang nak separate kan isu dan buat persepsi yang merugikan.

Gua tak kisah beb.., isu video pun gua bantai..., isu DNA pun gua balun... Lambung je gua smash beb. So, jadilah isu video panas sambil menanam DNA.

Pasal divert kes atau apa kejadah sekalipun...., ada gua kisah??? Hahahahaha....

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online