BREAKING NEWS

Yusmadi Yusof cabar Godfather DAP..


DAP perlu membuktikan parti tersebut benar-benar parti berbilang kaum dengan meletakkan calon Melayu di kawasan bandar yang majoritinya pe­ngundi Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff berkata, walaupun pemilihan calon adalah hak mutlak DAP, namun parti tersebut perlu menangkis serangan dari pihak lawan yang semakin agresif sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, dengan cara ini sekali gus menunjukkan segala tuduhan yang dilemparkan ke atas DAP adalah tidak benar malah parti itu memang sebuah parti berbilang kaum.

“Adalah tidak adil jika DAP hanya mahu meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Apa kata sekiranya ada calon Melayu yang menawarkan diri dan letak calon itu di kawasan majoriti Cina.

“Patahkan serangan pihak lawan dengan membuktikan bahawa pengundi Cina di kawasan bandar tidak memilih bangsa sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga dari PKR, Azan Ismail pula menyifatkan serangan berterusan ke atas DAP membuktikan pihak lawan benar-benar terdesak untuk mendapatkan undi orang Melayu.

Katanya, tuduhan DAP mahu meletakkan calon Melayu kerana mengintai jawatan menteri besar adalah satu tuduhan tidak berasas serta cara untuk menakutkan orang Melayu terutamanya pengundi atas pagar.

“Ini membuktikan pihak lawan terlalu takut, jika mereka tidak takut dengan pembangkang, mereka patut tidak hairan dengan apa yang dilakukan kami,” katanya.

3 ulasan :

  1. sudah2 la yusmadi, azan. tak payah gunakan mulut longkang korang utk menutup kelemahan sendiri. hoi azan, mcmana dgn indera mahkota, ko dh cukup jaga kawasan ko? apasal ko sibuk kt trengganu? kt indera mahkota tak boleh carik makan? yusmadi hoi, knp ko tk jwb persoalan pembiayaan mara masa ko belajar dulu? biasiswa ke pinjaman? cgpa ko cemerlang sgt kah sampai tak perlu bayar pinjaman? jwb yg itu dulu baru boleh membebel pasal hal lain!!!

    BalasPadam
  2. Yusmadi...memang Manusia Munafik yang Kufur Nikmat...Belajar di Uitm, Biasiswa JPA....semua kemudahan utk anak Bumiputra ko dapat...last-last ko rosak kan Bangsa dan Negara...nak aku ludah kan si Melayu Keparat ni...!!! tuuuuuiihhhh...!!!

    BalasPadam
  3. Bayar lah hutang dulu..........tak malu !

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online