BREAKING NEWS

[VIDEO] Tun Mahathir SEDIH dengan perangai Mahasiswa melayu..


Gua setuju dengan apa yang Tun Mahathir cakap pasal Mahasiswa kita yang "gila berdemonstrasi".. Patutnya dorang tu belajar, bukannya sibuk jadi pencacai kepada Anwar.

Sebenarnya mahasiswa melayu tu patut malu. Duit yang dorang gunakan untuk biasiswa tu adalah duit pinjaman dari kerajaan. Jadi tak wajar bila mahasiswa menentang kerajaan..

Gua bukan kata mahasiswa serta belia kita tak boleh nak mengkritik, tapi biarlah dengan cara beradap yang sesuai dengan tahap pendidikan dorang..

Ni buat demonstrasi jalanan dan buat gila kacau pejabat parti UMNO apa kejadahnya beb? Sampai gambar Najib pun jadi mangsanya..

Itu ke cara orang berpendidikan kritik kerajaan? Macam tu ke nak tunjuk bahawa mahasiswa melayu ni ada akal? Itu ke contoh melayu yang bakal jadi pelapis pemimpin negara..

Bagi gua, itu buktinya mahasiswa melayu yang suka berdemo tu adalah bangang!

So.., korang dengarlah apa yang Tun M luahkan tentang mahasiswa melayu kita sekarang ni dalam video dibawah..

Tahniah mahasiswa melayu pencacai Anwar.., anda semua telah berjaya buat seorang negarawan ulung dan juga pemimpin ultra melayu sedih mengenang nasib bangsanya..


Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online