Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
TERKINI !!! CheguBard ditahan Polis kerana Twitter..
Comments : 1
Semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter yang menggunakan nama AMK_Rembau. Laman Twitter berkenaan didapati membuat komen yang didakwa menghina DYMM YDP Agong.
Penahanan ke atas chegubard adalah kerana beliau dikatakan mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau.
Julai lalu, sebuah NGO telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama 'AMK Rembau', kononnya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
Bagaimanapun, ia segera dinafikan oleh Ketua AMK Rembau iaitu Md Sani Mohd Shah didalam satu kenyataan akhbar dengan mendakwa akaun tersebut bukan milik pemimpin PKR tersebut.(BACA SINI)
CheguBard juga menafikan dia adalah pemilik akaun laman sosial berkenaan. Katanya, akaun twitter AMK_Rembau muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan namanya yang bertanding jawatan Ketua AMK.
Setelah keterangan diambil, chegubard dilepaskan pada hari yang sama dengan jaminan polis.
Pihak polis telah merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.

Rasanya dah tiba masa dan ketikanya undang2 menghina Sultan2 dan Raja2 Melayu diadakan dan dilaksanakan serta merta. Buat macam Thailand tu...ambik kau kalau mulut gatal nak menghina Raja.
BalasPadamTolong le...perkara ini penting bg kami yg mendaulatkan Raja2 Melayu kami Amat sensitif kalau Raja2 kami dihina tak kira le oleh sesiapa pun naknya bangsa Melayu sendiri...Hukuman mesti berat...