BREAKING NEWS

PAS kutuk bantuan RM100 di Penang.. Guan Eng sakit kepala.


Gua setuju bila Mujahid Rawa kata duit BR1M adalah duit negara. Duit negara ialah duit rakyat. Jadi semua rakyat berhak terima dan manfaatkan sumbangan duit tersebut.

Secara langsung, Mujahid juga mengaku bahawa segala duit bantuan kerajaan negeri di Penang, Kedah, Kelantan dan Selangor adalah duit rakyat jugak.., bukannya duit pemimpin Pakatan.

So.., kalau Mujahid kata duit sumbangan kerajaan tak boleh dipolitikkan, samalah juga dengan duit bantuan kerajaan negeri yang tak PATUT dipolitikkan.

Habis.., apa kejadahnya yang Guan Eng promote lebih-lebih duit RM100 di Penang tu? Bukan ke itu juga duit rakyat?

Bukan gua yang kata.., tapi Mujahid dari PAS yang kata..

PAS menegaskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada lebih lima juta rakyat adalah peruntukan wang negara dan tidak perlu dipolitikkan Barisan Nasional (BN).

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan peruntukan tersebut bukan dari mana – mana parti tetap adalah dana belanjawan negara untuk kepentingan rakyat.

“Diminta supaya pihak tertentu tidak mengambil kesempatan untuk menyusahkan rakyat kerana kepentingan politik di mana pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diamanahkan untuk memproses dan bukan dari mana-mana parti politik.

“Orang ramai jangan terpedaya dengan orang tengah seperti membeli borang dan lain-lain dalam proses tuntutan tersebut,” katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online