Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Nik Aziz NO KOMEN pasal Hasan Ali..
Comments : 1
Nik Aziz mengingatkan anggota partinya supaya merujuk pucuk pimpinan di peringkat negeri masing-masing berhubung sebarang isu yang berkait ahli di negeri tersebut.
Katanya, adalah sangat tidak wajar jika anggota parti hanya mempercayai maklumat dari laporan media perdana semata-mata tanpa mendapat penjelasan daripada pimpinan di peringkat negeri terlebih dahulu.
Menjadikan media perdana sebagai rujukan kata sama sekali tidak patut memandangkan ianya hanya dikuasai oleh Umno dan BN semata-mata.
“Jadi amat silap sekiranya kita menjadikan media berkenaan sebagai tempat untuk mengetahui perkembangan PAS dan ahlinya,” ujarnya pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung kedudukan anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Mengulas lanjut,Nik Aziz berkata beliau juga perlu merujuk kepada pemimpin parti di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung perkara tersebut.
“Saya bukan orang negeri Selangor, saya duduk di peringkat atas.
"Setakat ni saya belum mengetahui lagi berhubung perkara itu, jadi kena tanya PAS Selangor,” ujarnya.
Katanya, apa yang digegerkan dalam media berhubung anggota exco itu, belum tentu betul, mungkin ianya hanya khabar angin.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Oh begituke?. Akhbar arus perdana biasanya menyiarkan berita atau sesuatu isu dibuktikan atau disertai dengan video, gambar, dokumen dan saksi. Malah dalam kes Datuk Hasaan Ali ini, mulutnya sendiri yang berkata-kata. Sehingga sedemikian pun masih tidak boleh dipercayai.
BalasPadamAgaknya Datuk Nik Aziz hanya akan percaya jika hantu yang bercakap.
Kononnya akhbar arus perdana dikuasai oleh UMNO/BN. Bagaimana pula dengan tohmahan PAS dan Pembangkang yang hanya melalui tulisan pemfitnah-pemfitnah PAS melalui Harakah, blogger PR dan akhbat nyamuk pembangkang yang lain itu?.
Contohnya mengapa PAS tidak membuat ulasan berhubung dengan pemalsuan gambar superimposec DS Najib bersantai bersama dengan Altantuya di sebuah premis hiburan pada satu masa dahulu?. Gambar tersebut hanyalah hasil dari grafik bodoh Tony Phua.
Jika mahu membuat penafian bodohpun biarlah beretika kerana semua orang yang waras dikurniakan oleh Allah dengan akal untuk berfikir dan membuat keputusan.