BREAKING NEWS

Nik Aziz kena tipu dengan Hasan Ali..., terus dia buat kenduri..


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

3 ulasan :

  1. ..Pak Nik wei apo yg solosai tu..sebenarnya Dr Hassan Ali yg sudah selosai membongkar segala kelemahan dan kebodohan para pemimpin PAS yg dijadikan BARUA oleh Hj Anuwar Ibrahim dan DAP kapir harbi..

    ..PAS nampaknya masih lagi seronok jadi tukang karut kepada DAP untuk menipu orang Melayu.

    BalasPadam
  2. Hassan Ali tarik balik mempersendakan PAS dalam hal 'Negara Kebajikan'.. tu jer.!

    Bab hilang hala tuju, macamana, Nik Ajis?
    Bab dikuasai oleh kumpulan2 yang tidak sensitif dengan perjuangan Islam, macamana, Nik Ajis?
    Bab Akhbar Harakah menutup ruang kepada perjuangan Islam, macamana, Nik Ajis?
    Bab PAS di'babi'kan oleh DAP, macamana, Nik Ajis?

    Hassan Ali hanya mengakui bahawa konsep Negara Kebajikan tidak lari dari Islam..(itu dah lamaaaaa BN buat, boss!) Fakta2 lain TIDAK DITARIK BALIK oleh Hassan Ali.

    Itu kira macamana, Nik Ajis? Kira selesai gituuu jer?

    BalasPadam
  3. Nik Aziz cuba nak menutup segala kemungkaran dan kemunafikan yang berlaku dalam Parti PAS.

    Segalanya telah terbongkar. Umum telah tahu. Terima kasih Datuk Dr. Hasan bin Ali kerana telah menyatakan yang benar. DAP hanya mempergunakan PAS.

    Semoga ahli2 PAS sedar bahawa strategi DAP adalah untuk melenyapkan pemerintahan bangsa Melayu dan agama Islam. Yang diselindungi, ini adalah agenda halus puak2 kafirun. Ingat perang sabil. Perhatikan senario sekeliling kita betul2. Jangan terpedaya. Sedikit demi sedikit mereka menyerang.

    UMNO/BN atau DAP/PR. Buatlah pilihan. Kalau PAS yang menang, bermakna Pakatan Rakyat yang menang dan DAP akan memerintah.

    Bersatulah Melayu demi agama Islam.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online