BREAKING NEWS

Mufti Harussani suruh pengikut Nabi PAS bertaubat!!!


Disaat Nik Aziz mengambil jalan mudah dengan tak mahu bertanggung jawab didalam isu penceramah PAS yang melabelkannya sebagai Nabi, isu tersebut semakin hangat diperkatakan dikalangan ilmuan Islam dalam negara..

Hari ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan bahawa mana-mana umat Islam yang membuat pengakuan bahawa ulama adalah nabi, wajib bertaubat dan perlu melafaz semula dua kalimah syahadah.

Ini berikutan ada seorang penceramah PAS yang sudah berani mengangkat martabat Nik Aziz sebagai Nabi kerana terlampau taksub dan memuja Mursyidul Am PAS tersebut.

Selain itu, menurut Mufti Perak, mereka yang bersetuju dengan pengakuan itu juga adalah berdosa besar kerana dianggap bersubahat.

Ini kerana, katanya, Allah menyatakan dengan jelas dalam al-Quran bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penyudah segala nabi yang diturunkan sebelum baginda.

"Kalau sayang sangat kepada ulama, jangan sampai menyamakan dengan nabi kerana tiada sesiapa pun yang sempurna kecuali nabi. Jangan terlampau taksub kepada parti kerana ia boleh membawa kepada kesesatan," katanya.

Bagi gua, semua ini jelas menunjukkan yang PAS sudah semakin sesat apabila akidah pengikut-pengikut mereka dibiarkan terseleweng hanya kerana sikap taksub kepada pemimpin.

Inikah ajaran Islam yang Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin PAS ajarkan kepada pengikut mereka? Jika beginilah caranya, PAS kini sudah sama tarafnya dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat didalam negara.

5 ulasan :

  1. bila terlalu taksud itulah jadinya

    BalasPadam
  2. Dulu dalam akhbar tempatan ada Nik Ajis kata tidak bangga jadi Melayu.Kira tak redho la tu !

    Mungkin dia chedih tidak dilahirkan sebagai orang Arab gamaknya !

    Sekarang telah diangkat oleh kaumnya jadi Nabi mungkin isu tak bangga jadi Melayu kira beres la !

    Apa punya bengap la Nik Ajis ni! Apakah dia buta hati sampai tak leh faham Maksud Ayat "Aku jadikan manusia itu berbagai-bagai bangsa supaya bla-bla....." yang jelas atas kudrat & iradatnya memuliakan perbuatannyasendiri tentang pewujudan / penciptaan bangsa-bangsa termasok bangsa Melayu ?

    Mengapalah hodohnya Nik Ajis ni? Jika kita ditelitikan perkataan Melayu itu dalam Jawi/Arab terdiri dari huruf MIM , LAM dan YA. Bila huruf MIM diberi Dhammah , huruf LAM diberi baris bawah dan YA di beri baris atas, maka ber bunyilah dan nyatalah MULIA .

    Sesungguhnya, perkataan Melayu itu berbunyi dan bermaksud MULIA. Sampaikan Gunung tertinggi didunia dinamakan Banjaran Hi Malaya..Bukankah MULIA itu TINGGI?

    Allah swt tidak sewenang2 membenarkan manusia menamakan gunung / banjaran tertinggi didunia terdiri dari huruf MIM LAM YA . Ada kira2 la tu !

    Bak kata orang Negeri 9,(quote : Rais Yatim)maka jadikan Alam Terkembang Sebagai Guru!! Chuma, gunakan OTAK betul2....

    - me a friend of the el-Mahdi.

    BalasPadam
  3. maka benarlah kata orang bahawa adapun PAS itu ialah = Parti ajaran sesat !!

    dahla sesat , menyesatkan orang pula !

    BalasPadam
  4. nik ajis pon naik syok dipanggil juak2 nye nabi...keh keh keh

    BalasPadam
  5. Pengikut kalau dah dibodohkan itulah jadinya.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online