BREAKING NEWS

Masjid tak penting.., yang penting Markaz serta ceramah.. Mahsyukkkk!!!


Gua tak heran langsung bila PAS Kelantan mengaku hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Itupun katanya dibina daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat.., bukan guna duit kutipan ceramah atau guna duit songlap dari Tabung Memali tauu..

Habis tu, Masjid yang berlambak ada di Kelantan tu sapa pula yang bina? Ehhh.., lagi mau tanya ke? Dah sah-sah regim APCO iaitu UMNO/Barisan Nasional yang bina.

Pelik jugak ye.., kerajaan yang zalim serta tolak Islam macam UMNO/BN tu pulak yang sibuk bina masjid di Kelantan selama ni.., yang islamik macam PAS tu buat bodoh saja bila bab bina rumah Allah.

Habis tu PAS bina apa kalau tak sibuk bina Masjid? Bukan ke PAS selalu kata dorang perjuangkan Islam lebih dari UMNO?

Laaa..., tak nampak ke Markaz PAS yang bersepah-sepah merata kampung? Markaz tu digunakan sebagai tempat ceramah selain dari tempat mengumpul pahala bagi pengikut PAS.

Itulah perjuangan Islam PAS sambil-sambil dorang perjuangkan periuk nasik pemimpin dorang. Sapa nak tanggung makan minum setiap penceramah PAS kalau tak kutip derma masa ceramah beb..

Sebab tu kena buat ceramah selalu sambil jual agama.. Selit lah sikit ayat maki hamun serta carut marut untuk tarik crowd.. Dan tak lupa bohong sikit-sikit untuk tambah kutipan kantung derma..

Mahsyuk beb.. Kalau tak mahsyuk.., takkan lah Bob Lokman sanggup join PAS jadi penceramah tak bertauliah..

So.., semua senario di Kelantan tu jelas menunjukkan pada gua, bahawa PAS tak anggap pun pembinaan Masjid tu penting.. Pembinaan Markaz tempat dorang berceramah sambil mengutip ufti tu lebih utama.

Gua ingat lagi, puak-puak PAS selalu kata.., buat apa Masjid lawa-lawa tapi tak ada jemaah.., tapi dorang tak sedar satu perkara.. Kalau tak ada Masjid yang selesa, macam mana umat Islam nak beribadah dengan aman?

Lagipun, dah jadi tanggung jawab pemimpin Islam untuk bina tempat beribadat bagi rakyatnya.. Nak guna atau tak tempat beribadat tu, korang punya pasal lahh...

Dan bukan ke Masjid tu lambang agama Islam di sesebuah negara. Lainlah macam di Kelantan, kerajaan PAS lebih bangga dengan Tokong Buddha daripada bangga dengan rumah Allah.

Tak percaya sila tanya "Nabi" PAS di Pulau Melaka.. Mesti dia setuju dengan gua..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online