Ada sebuah kedai yang baru dibuka di Kota Paris yang menjual suami. Kedai ini hanya terhad kepada kaum wanita sahaja. Lelaki tak dibenarkan masuk.
Apabila wanita berkunjung ke kedai berkenaan untuk memilih suami, mereka perlu mengikuti arahan di pintu masuk:
"Anda boleh melawat kedai ini SEKALI SAHAJA! Terdapat 6 tingkat dan nilai produk bertambah apabila anda naik ke tingkat seterusnya. Anda boleh memilih mana-mana butiran dari tingkat tertentu, atau boleh memilih untuk pergi ke tingkat seterusnya, tetapi anda TIDAK BOLEH kembali ke bawah kecuali untuk keluar dari bangunan ini."
Jadi.., ada seorang wanita pergi ke Kedai Suami untuk mencari calon suaminya.. Dia membaca dengan teliti arahan di pintu masuk dan bersedia untuk ke tingkat pertama..
Terdapat satu kenyataan di pintu Tingkat 1 yang tertulis.., "Tingkat 1: Lelaki di kawasan ini semuanya mempunyai pekerjaan.." Setelah melihat-lihat, wanita itu memutuskan untuk ke Tingkat 2..
Tanda di tingkat 2 pula tertulis.., "Tingkat 2: Lelaki-lelaki disini mempunyai pekerjaan yang baik dan sukakan kepada kanak-kanak.."
Walaupun agak berpuas hati, wanita berkenaan teringin sekali melihat apa yang ada di tingkat 3. Dan dia pun meninggalkan tingkat 2.
Tanda Tingkat 3 tertulis.., "Tingkat 3: Lelaki-lelaki disini mempunyai Pekerjaan yang baik, menyukai kanak-kanak dan amat kacak.."
"Wahh.." , wanita berkenaan terjerit kecil.. Namun dia tak dapat menahan perasaan untuk melihat apa yang ada di tingkat yang seterusnya..
Di tingkat 4 ada tanda yang berbunyi.., "Tingkat 4: Lelaki-lelaki disini Mempunyai Pekerjaan yang hebat, menyayangi kanak-kanak, amat tampan serta bergaya dan suka membantu dengan kerja-kerja rumah."
"Oh.. Tuhan.., ini yang aku cari-cari.. Tapi mesti ada yang lebih baik dari ini.." kata wanita tersebut sambil menuju ke tingkat 5..
Di tingkat 5, ada tanda yang berbunyi.., "Tingkat 5: lelaki-lelaki disini mempunyai kerjaya yang sangat sukses, sangat menyayangi kanak-kanak, sangat tampan serta bergaya, sangat suka membantu dengan kerja-kerja rumah dan sangat romantik di ranjang".
Wanita berkenaan terpegun dan hampir-hampir membuat keputusan, tetapi diatas sifat ingin tahu, dia pergi ke tingkat 6 dan menjumpai satu papan kenyataan dan ianya berbunyi..,
Tingkat 6: "Anda pengunjung ke 31.456.012 ke tingkat ini. MAAF!! Tiada lelaki di tingkat ini.."
"Lantai ini wujud semata-mata untuk membuktikan bahawa wanita adalah mustahil untuk dipuaskan kehendak serta keinginan mereka. Ini hakikat bahawa wanita juga tidak pernah puas dengan apa yang ada pada mereka.."
"Terima kasih kerana membeli-belah di Kedai Suami."
Wanita berkenaan keluar dengan hampa serta menyesal dengan sifat tidak bersyukurnya. Diseberang jalan, dia melihat sebuah kedai menjual Isteri Baru kepada lelaki.
Dia melihat papan kenyataan dihadapan kedai tersebut..
Kedai ini mempunyai 6 tingkat..
Lantai 1 : Wanita-wanita yang suka seks.
Lantai 2 : Wanita-wanita yang suka seks serta mempunyai wang.
Malangnya..., Tingkat 3, 4, 5 dan 6 tidak pernah dikunjungi kerana kebiasaanya lelaki yang berkunjung akan berpuas hati setelah mereka sampai ke Tingkat 2.
TERBAIK BRO...
BalasPadamPEJUANG HAMAS...