Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
GANAS !!! 2 mamat Bangladesh BELASAH lelaki melayu di negeri PAS..
Comments : 1
Hajat seorang anggota tentera untuk merompak kedai serbaneka 1 Station di Jalan Sultanah, Alor Star di sini buat kali keempat bukan sahaja tidak tercapai malah dia cedera dibelasah oleh pekerja premis yang geram dengan tindakannya itu.
Suspek berusia 29 tahun yang lari dari tugas sejak dua tahun lalu itu cedera di kepala dan badan selepas dipukul dengan kayu oleh dua pekerja Bangladesh, Shairajul Islam, 33, dan Md. Mizan Nur Rahmat, 37.
Difahamkan, suspek datang ke kedai itu dengan menunggang motosikal curi yang diletakkan depan premis tersebut.
Menceritakan semula kejadian pada pukul 4.40 petang kelmarin itu, Shairajul yang ketika itu berada di kaunter pembayaran memberitahu, suspek terus mengacukan sejenis objek menyerupai pistol di bahunya sebelum mengarahkannya supaya menyerahkan wang.
Katanya, dia bagaimanapun enggan mengikut arahan itu kerana dapat mengecam suspek yang pernah merompak kedai itu sebanyak tiga kali sebelum ini.
“Dia kemudian menghentak kepala saya dengan pistol mainan itu. Saya yang geram dengan tindakannya kemudian mengambil sebilah pisau di bawah kaunter lalu mengacukannya kepadanya.
“Kami kemudian bergelut dan pisau itu terpelanting ke luar kaunter sebelum dia mencakar muka dan menggigit kedua-dua belah telinga saya menyebabkan saya menjerit,” ceritanya yang berani melawan kerana tahu suspek menggunakan pistol palsu.
Tambahnya, ketika itulah Md. Mizan datang membantu dan terus memukul kepala dan beberapa bahagian badan lelaki itu dengan kayu.
Menurut Shairajul, melihatkan suspek yang berlumuran darah, dia mengambil kesempatan itu untuk mengikat kaki dan tangannya sebelum menghubungi polis.
“Sebelum ini, saya cam dia yang merompak kedai ini sebanyak tiga kali bulan lalu dengan melarikan wang, rokok dan barangan lain bernilai ribuan ringgit,” ceritanya yang telah bekerja di situ sejak empat tahun lalu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. Katanya, motosikal ditunggang suspek dicuri di Ampang, Selangor pada 2008.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
beginilah buat kerja cara Islam ostat azizan.Kuat berceramah sehingga mengajar penyokong menjadi pencuri pendatang bermaharaja lela
BalasPadam