BREAKING NEWS

Derita bila suami bertukar jadi GAY.. Ikhtibar untuk Kak Jijah.


“Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza. Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami.

“Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya. Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah.

“Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya. “Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

1 ulasan :

  1. Dalam hidup kita yang singkat ini kadang-kadang kita tidak ada pilihan tetapi terpaksa membuat keputusan yang pahit dan dalam kes Puan ini, jalan terbaik adalah berpisah terus dari suami yang jenis ini.

    Ini kerana jika didiamkan perbuatan jijik dan keji yang dilaknat Allah ini adalah sama dengan bersubahat dan sama sama pula menanggung dosa besar ini. Hal ini juga akan mengelirukan anak anak jika mereka lambat laun akan terbau juga akan rahsia ibu bapa mereka.

    Penyakit Bi-Sexual dalam kes ini kerana lelaki terlah berumah tangga sebelum bertukar menjadi gay. Besar kemungkinan dalam kes ini si suami telah pun gay sebelum 'berumah tangga'. Kadang kadang mereka berkahwin dengan wanita kerana mahu menonjolkan imej bersih atau menuntut desakan keluarga dan masyarakat agar berkeluarga seperti lelaki normal.

    Saya pernah diberitahu oleh seorang ustaz yang juga seorang kaunselor betapa insan insan sebegini mengakui amat susah untuk berubah jika sudah ada keinginan luar biasa sebegini. Jadi untuk suami yang jenis jenis begini amat jarang boleh pulang ke pangkal jalan apatah lagi jika kawan kawan ramai yang sebegini.

    Jalan terbaik adalah untuk bercerai. Mahmakah Syariah tentu amat prihatin kes kes macam ni. Tak kan seorang isteri masih nak tidur dengan suami jenis ni. Cari penyakit sahaja. Jijik dan geli geleman... WaAllahulam.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online