BREAKING NEWS

Bukti rakaman video tak diterima.., Mangsa rogol dihukum 200 sebatan..


Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang hanya dikenali sebagai Gadis Qatif (nama berdasarkan tempat kejadian) dijatuhi hukuman 90 sebatan, biarpun dia merupakan mangsa rogol bergilir-gilir tujuh lelaki.

Hukuman itu kemudiannya digandakan kepada 200 sebatan dengan enam bulan penjara atas dakwaan dia cuba mempengaruhi keputusan juri apabila tampil membuat pendedahan tentang pengalamannya kepada media.

Ketujuh-tujuh lelaki tersebut hanya dijatuhkan hukuman penjara antara dua hingga sembilan tahun atas dakwaan menculik.

Bekas teman lelakinya juga dijatuhkan hukuman 90 sebatan kerana berdua-duaan dengan Gadis Qatif di tempat terlindung.

Bagaimanapun pihak pendakwa gagal membuktikan Gadis Qatif dirogol setelah hakim mengabaikan bukti rakaman video dalam telefon bimbit penyerang.

Kisah hitam itu sebenarnya bermula apabila Gadis Qatif bertemu dengan bekas kekasihnya untuk meminta semula gambar yang pernah diberikan memandangkan dia sudah berkahwin dengan lelaki lain pada tahun 2006.

Beliau telah dirogol secara bergilir-gilir oleh 7 lelaki disebuah ladang kurma setelah diperdaya supaya mengikuti bekas kekasihnya bagi menyerahkan gambar tersebut.

Namun pihak mahkamah menolak kenyataan bahawa beliau dirogol kerana gagal menampilkan saksi yang mencukupi dan seterusnya gadis malang berkenaan dihukum sebat.

Namun, kenyataan terbukanya kepada media mengenai kejadian rogol yang menimpa dirinya telah menyelamatkannya dari dihukum..

Kes kontroversi ini telah ditenangkan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang bertindak mengampunkan Gadis Qatif.

So.., korang ingat lagi tak pasal kenyataan Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar, Gombak, pasal bukti video tak boleh pakai kerana ianya adalah besi..?

Alasan Hadi ialah, bukti video tak ada mata dan telinga..

Kalaulah PAS dan Pakatan memerintah negara, tak mustahil kejadian yang menimpa Gadis Qatif ni juga akan berlaku di Malaysia..

Mengikut otak selut puak-puak PAS.., bukti Qarinah langsung tak boleh pakai.. Maka kezaliman dan kekejaman akan berleluasalah di muka bumi ni kalau puak-puak tu dibenarkan pegang kuasa!

2 ulasan :

  1. jangan cakap tentang HAM-PAShit tentang undang2 islam.. mereka semua BODOH Bengong dan KALDAI DAPig+PKR.. undang2 mereka berdasarkan undi kaum KAFIR!!!...

    BalasPadam
  2. ermm...tak pa lah.. belum tiba masa untuk dia org sedar.. nanti dah pekara sebegitu menimpa dia atau anak bini dia atau saudara mara dia baru dia faham.. masa kena kat orang dia boleh la cakp camera tu besi x ada mata x ada telinga.. tunggu la saat masa dan ketika bila semua tu terjadi pada diri sendiri. wallahualam.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online