Gua terbaca dalam satu portal pro Pakatan Haram, yang mendesak supaya Anwar bertanding di Putrajaya untuk memudahkan Pakatan tawan Malaysia..
Gua tak tahulah sama ada dorang tu tolol.., bangang.., ataupun sengaja dorang nak matikan karier politik Anwar bila suruh Raja Porno tu bertanding di situ..
Tapi yang pastinya.., jangankan kata Putrajaya.., kalau Anwar bertanding di Kelantan sekalipun, dia akan kalah beb.. Rakyat dah tak heran dengan Anwar tu sekarang ni.. Cuma pencacai Pakatan je yang gila dok puja dia..
So.., kat bawah ni gua copy&paste kandungan portal tu untuk tatapan korang.. Memang best kalau baca sambil pekena kopi dan cekodok pisang.. Layannnn....
Putrajaya mungkin hanya mimpi bagi PR hari ini, tetapi hakikatnya mimpi ini semakin hampir menjadi realiti.
Untuk mempercepatkan proses menawan Putrajaya, adalah lebih elok jika kerusi PR di Putrajaya diberikan kepada calon yang berpengaruh besar. Lebih afdal lagi jika calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PR sendiri iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kerusi Putrajaya kini disandang oleh Tengku Adnan setelah menewaskan Mohd Noor Bin Mohamad dari PAS dalam PRU 2008. Tengku Adnan diketahui sebagai seorang yang tidak begitu ‘bersih’ di dalam UMNO. Penglibatannya dalam beberapa syarikat korporat sering dipersoal di bawah amalan kronisme di dalam UMNO.
Malah diberitakan segala rahsia Tengku Adnan berada dalam kocek Dato’ Seri Anwar. Oleh yang demikian, bukan sukar untuk Dato’ Seri Anwar menumbangkan Tengku Adnan di Putrajaya.
Walaupun ramai menganggap Putrajaya adalah milik kekal BN memandangkan wilayah tersebut menempatkan majoriti pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, tetapi kita yakin yang PR mampu membuktikan bahawa tanggapan ini salah.
Bukan rahsia bahawa ramai pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan menyokong PR secara senyap-senyap. Malahan, kenyataan DAP untuk mengurangkan kakitangan awam jika PR berkuasa tidak menjejaskan apa-apa kerana umum percaya ia hanyalah kenyataan politik, retorik dan tidak membawa makna kerana ia tidak mungkin berlaku bersandarkan undang-undang buruh di Malaysia.
Justeru, PR perlu buktikan bahawa keyakinan yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Anwar bukanlah kenyataan politik untuk menyedapkan hati penyokong-penyokong semata-mata. Untuk itu, Dato’ Seri Anwar wajar tunjukkan yang beliau cukup yakin untuk bertanding dan mampu menang walaupun di luar kubu kuat PKR.
Strategi meletakkan Dato’ Seri Anwar sebagai calon di Putrajaya ini dipercayai akan menjadi jalan pintas bagi PR untuk menguasai Malaysia.
Ia juga akan dapat meningkatkan moral dan semangat ahli-ahli parti dan membuka mata rakyat bahawa PR bukan hanya wujud sekadar untuk memeriahkan politik Malaysia tetapi benar-benar serius untuk memikul tanggungjawab membawa Malaysia ke era baru.
stament mangkuk tu perli anuar ke keh keh keh.. cam haram..
BalasPadamhahahahahaaaaaaa....
BalasPadamPakatan bangang ni kalau nak tunjuk bangang pun cari laa bahan lain...
tak usahlah buat lawak bodoh..
Kakitangan kerajaan kat Putrajaya tu tak mungkin nak undi gerombolan pakatan yang beriltizam nak pecat mereka..
emmmmm...alahai !
cadangan bernas dan masuk akal....fuyoooo!!!
BalasPadamtak terpikiaq pulak dek otak kita!!!
tengku nan vs dsai
ts najib vs lks
ts muhyidin vs lge
sila tambah..hehehehe
Knapa Permatang Pauh dah tolak dia kah? Bukan kah Permatang Pauh tu sentimental buat dirinya?
BalasPadamOrang Permatang Pauh dah buka mata kah? Maklumlah PKR hanya bermata 1. Teringat pula di dalam hadis dicatitkan Dajal tu bermata 1.
Ahli UMNO dulu dan selama2 nya.
DSAI XKAN BERANI MASUK KAT PARLIMEN PUTRAJAYA..RISIKO TERLALU TINGGI LAH...DIA MANA BERANI AMIK RISIKO KALAU BOLEH NAK DUK KAT KELANTAN TUE KAT TEMPAT NIK AZIZ HEHEHE...
BalasPadam