BREAKING NEWS

BERITA GEMBIRA !! Guan Eng terselamat selepas 1jam dalam Scorpene.


Hanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan dua orang timbalannya, Mansor Othman dan P Ramasamy telah dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene hari ini di LIMA Langkawi.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyertai mereka menyelam.

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Langkawi pada kira-kira jam 2.30 petang, Zahid mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau mempunyai satu lagi majlis rasmi untuk dihadiri."

Apabila ditanya sama ada taklimat akan diberi kemudian selepas mereka menaiki Scorpene, Zahid secara bergurau berkata, "Mereka pasti balik," sambil memeluk Lim yang kelihatan agak gugup.


Ketika bercakap kepada pemberita sebelum itu, Zahid berkata pelawaan kepada pembangkang menaiki Scorpene bertujuan untuk membolehkan pihak pembangkang menyaksikan sendiri keadaan kapal selam tersebut.

"Kami lakukan ini untuk DAP dan PKR sekarang. Jika PAS mahu melawat, kami akan aturkan untuk mereka".

Zahid telah mengatur lawatan tersebut untuk pembangkang melihat sendiri bahawa kapal selam KD Tun Razak itu mampu menyelam.


Lim berserta rakan-rakannya dikhabarkan selamat tiba selepas satu jam dibawa menikmati pelayaran percuma bersama Kapal Selam Scorpene. Ia mungkin akan menjadi pengalaman paling berharga sempena harijadi Ketua Menteri tersebut.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online