BREAKING NEWS

Assobiyah melampau dalam PAS punca Nik Aziz boleh jadi NABI..


Ramai pemerhati politik dan orang awam sudah mengisytiharkan bahawa Nik Aziz bukanlah seorang nabi, beliau hanyalah seorang tokoh agama yang kecanduan politik, kerana itulah Tok Guru sanggup mengelirukan semua penyokong PAS dengan menganggap parti itu mewakili Islam yang benar.

Ramai orang tahu, Nik Aziz merupakan seorang tokoh politik yang terlalu sayangkan kedudukannya sehingga menganggap apa sahaja kata-katanya sebagai arahan keras dan sesiapa yang cuba membantah adalah sebagai penderhaka, meskipun bantahan itu hanyalah merupakan perbezaan pendapat dalam usaha mencari jalan bagaimana nak memperkuatkan perpaduan masyarakat Islam.

Sejak menjadi Menteri Besar dengan gaya berkot dan berkain pelikat, Nik Aziz telah membawa budaya politik yang kotor dan memalukan umat Islam apabila mempertikaikan sebarang bentuk penyelesaian pemimpin lain bagi mendaulatkan Islam di Malaysia.

Apabila kepimpinan politik berupaya membangunkan institusi-institusi Islam, Nik Aziz tanpa segan membelasah dengan kata-kata kesat kononnya penubuhan tersebut hanyalah untuk bermegah-megah, isinya tidak seberapa.

Dengan melabelkan Tok Guru sebagai “nabi” tentunya lebih ramai rakyat Kelantan akan merasa malu kerana selepas Nabi Muhammad SAW secara sahnya Allah SWT tidak lagi melantik manusia sebagai nabi kerana itulah janji.

Allah SWT telah memberikan amaran bahawa tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW, kerana baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan menyelamatkan seluruh manusia. Apakah Nik Aziz merupakan seorang “penyelamat” yang layak digelar nabi?

Nik Aziz bukanlah seorang nabi, tetapi beliau adalah seorang politikus yang terlalu takut akan kehilangan kuasa politiknya, dan akan terus bertekad untuk bertanding walaupun banyak petanda dirinya sudah tidak lagi relevan. Sudah ada penentangan berlaku dalam PAS, tetapi disebabkan parti itu terus menyembunyikan sebarang pergolakan kepimpinan, rahsia tersebut tidak tersebar.


Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online