BREAKING NEWS

Anwar kata dia WAJIB dibebaskan.., kalau takkk.....


Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menegaskan beliau wajib dibebaskan dari tuduhan Liwat II yang dihadapinya.

Menurut Anwar, kegagalan pendakwa raya mengemukakan bukti kukuh meskipun perbicaraan sudah memasuki peringkat penggulungan hujah, mewajarkan pembebasan beliau tanpa sebarang syarat.

“Bagi saya tidak ada fakta dan keterangan kukuh untuk mereka menghukum saya.

“Saya wajar dan wajib dibebaskan,” kata Anwar selepas mahkamah ditangguhkan petang semalam.

Anwar dalam pada itu mempertahankan tindakannya memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh sewaktu diperintahkan membela diri.

“Saya memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh kerana itulah satu-satunya peluang saya untuk mengkritik sistem,” kata Anwar merujuk kepada sistem keadilan negara yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan Fitnah II berlangsung.

Bercakap lanjut, Anwar membidas pendakwa raya yang keupayaan saksi pakar pembelaan.

“Bagi saya kalau nak meremehkan keupayaan mereka (saksi pembelaan) tidak sukar. Itu sahaja yang mereka (pendakwa raya) lakukan,” kata Anwar.

Bagi gua, inilah bukti bahawa Anwar nak jadikan sistem perundangan tu dia yang punya. Apa taknya, perbicaraan belum habis, tapi dia dah terjerit-jerit suruh dibebaskan.

Gua yakin, kalau Anwar didapati bersalah nanti, mesti akan ada usaha dari puak-puak dorang untuk menghuru-harakan negara.

Pakatan akan hasut rakyat kononnya sistem perundangan tak adil. Dorang akan tuduh kerajaan korup sebab manipulasi Mahkamah.

Ni semua adalah plan Anwar dan Pakatan untuk jatuhkan kerajaan. Dan Anwar jadi umpannya.

Tapi mamat peliwat tu kalau bebas pun susah jugak. Bukan setakat dalam negara, sampai ke luar dia burukkan Malaysia.

So, lebih elok rasanya dia disumbat ke penjara. Pasal usaha nak huru-harakan negara tu, biar pihak berkuasa tangani semuanya.. FRU kita pun bukan calang-calang hebat tu..

1 ulasan :

  1. patut buat sau tayangan perdana gelagat anwar dalam mahkamah, baru puas hati orang nampak sendiri cemanar gelagat dia...

    dah salah tak ngaku, MEMANG DASAR TAK TAHU MALU, orang camni kalau diajar pun memang tak masuk, hantar jer bagi kat buaya sungai nil, dorang kan spesis yang lebih kurang jer, kuat makan orang!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online