Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
10 juta untuk blogger-blogger UMNO... Pakcik kayoooo!!!
Comments : 9
Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ‘tidak menggangu’ blogger berkenaan.
Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.
“Datuk Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin PakatanRakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang,”
“Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Beliau difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru.
Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.
Beliau bagaimanapun yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib.
p/s: Rocky Bru..., mana gua punya share??? Gua pun selalu bodek Najib jugak laaa... Lu sakau duit 10 juta tu sorang-sorang ke beb? Hahahahaha...
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
mana bahagian gua rocky bru hehe.. 10 juta tu.. kekeke.. dapat 1% pun jadi.. nik nazmi ni pun 1 cakapla 50juta ke baru trill kekekeke
BalasPadamhaah..share aku maner pulak..aku pro BN @ Najib jugak
BalasPadamAku dah dapat korang tak dapat ker? hehe..Apa raa..
BalasPadamAlhamdulillah,
BalasPadamdah dapat dah td 10K.. ;)
Meskipun juak pembangkang pegang jawatan beso-beso masih tak dapat apa-apa. contohnya Nik Nazmi.
BalasPadamKalau Nik Nazmi tak dapat apa-apa makanya bloger PR macam si 'tukar fius short' dan 'warga gua kelamkabut' agaknya habuk pun tak ada, kan?
Sesungguhnya telan 'ayaq money' si +^&%, adalah lebih baik dari telan wang 10 kror?
kah kah kah
macam nie media arus perdana utusan,bharian,tv3,tv1 dan program ETP,NKRA dan bantuan rm100 dan rm500,walkabout dan KR1M,
BalasPadamtak kick lagi..la bro!!..hehehehe
otak udang betul nik nadzmi nie!!!
Wow! Aku dapat 15 juta. Tima kasih Najib. Besok pagi aku nak pegi order Ferrari, belah petang pegi minang Fasha Sendat.
BalasPadam-TodiSuam
aku bukan blogger tapi aku pun RM50k tadi, kahkahkahkah bodoh punya puak PR...
BalasPadamAku baru dapat 10 ingget.. satu komen Najib kasi RM 2, kalu 1000 sehari..perghhh..
BalasPadamPakcik kayo..
Oit roky, share ha sini sikit..
hahahak..