BREAKING NEWS

Tuan Ibrahim Tuan Man nak letak jawatan?


Semua menteri kabinet yang meluluskan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM250 juta didesak meletakkan jawatan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes-kes yang membabitkan penyelewengan dana awam adalah kes yang telah mencemarkan integriti pentadbiran negara.

Katanya, desakan untuk letak jawatan bukan sahaja membabitkan Menteri Pembang2unan Wanita, Dato’ Shahrizat Abdul Jalil bahkan semua menteri yang terbabit.

“Kementerian dan kabinet yang meluluskan projek kepada suami Shahrizat sepatut bertanggungjawab sama, bukan Shahrizat seorang,” katanya.

Merujuk kes pelantikan menantu Menteri Besar Kelantan sebagai CEO dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), jelasnya walaupun tidak ada pendakwaan berlakunya penyelewengan tetapi beliau meletak jawatan apabila didesak berbuat demikian.

Malangnya, jelas Ustaz Tuan Ibrahim, projek feedlot yang ternyata gagal dan diagihkan pula kepada kaum keluarga Shahrizat masih lagi dipertahankan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin.

Tegasnya, Muhyiddin sebagai menteri yang bertanggungjawab sepatutnya bukan mempertahankan Shahrizat sebaliknya mengambil tindakan ke atas kegagalan beberapa pihak yang menyalahgunakan dana awam tersebut

“Apa yang berlaku masing-masing cuba mempertahankan, mereka termasuklah Khairy Jamaluddin dan Noh Omar, menunjukkan mereka seolah-olah menyokong dana awam disalahgunakan,” katanya.


p/s: Hek ellehhh..., poyo betullah Tuan Ibrahim nih kan.. Duk sibuk pasal NFC kononnya ada penyelewengan.. Pastu ada hati pulak nak suruh orang letak jawatan..

Kalau semua yang terlibat harus letak jawatan sebab NFC dikatakan gagal.., macam mana pulak dengan kegagalan KOHILAL PAS? Kenapa Tuan Ibrahim tak suruh Nik Aziz letak jawatan?

Mangkuk hayun punya Tuan Ibrahim!!!!

2 ulasan :

  1. KENA TANG ORANG HAMPA PANDAI CAKAP LETAK JAWATAN SAMPAI LIBAT SEMUA MENTERI TAPI KALAU KENA KESALAHAN YANG HAMPA BUAT KALAU BOLEH NAK TUTUP RAPAT RAPAT.

    BalasPadam
  2. kes tabung memali tu apa cerita?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online